Wednesday, January 2, 2013

Cantiknya Si Comot by Miazal Zahra

Watak Mina dan Ammar dalam cerita ni agak berlebih2 jugak, Mina dengan sifat mengadanya dan Ammar dengan sikap pemarahnya. mujur pengolahan jalan cerita yang menarik dan keinginan untuk membacanya sehingga habis. kisah berlatarkan Cameron Highland, bila membaca tu seolah2 terbayang gambaran sebenar...macam tengok drama gamaknya.

Banyak konflik kehidupan digarapkan dalam buku ini tetapi tidaklah berat dan memeningkan kepala. ada humor dalam ayat2 yang digunakan, tidak stress dan boleh gelak sorang2. bab yang agak sedih bagi saya apabila Mina mengalami dilema yang mana dirinya tidak dapat mengandung dan sering di perli oleh mertuanya. ada situasi dan ayat yang mampu mengenangkan air mata jugak, oh sedihnya. 

Meh tengok sinopsis ye;
 
Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."

Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan. 

4 comments:

ejulz said...

tajuk buku pun dah macam menarik.. :)

munna said...

rajin ann layan novel ye....

Ann Ishak said...

Ejulz - :)

Ann Ishak said...

munna - memang suka sangat :)