Friday, January 25, 2013

Chick Peas Goreng Kari sempena Maulidur Rasul dan birthday my laki

Semalam tak ke mana2 walaupun cuti cuma sehari. mesti ramai yang ambik cuti hari ni, dapatlah cuti panjang sampai Isnin kan. saya takde plan nak ke mana2 + Faizal pun kerja, so duduk rumah diam2 sudah sambil menonton tv.

Petang semalam terasa boring, cuaca kejab cerah kejab gelap. perut mula terasa macam mengigit2 mintak di isi, maka petang semalam terjadilah resepi kudapan Chick Peas Goreng Kari. saya ambil resepi ni dari blog Mrs Sunnies Home, best pulak tu layan sambil tengok tv. boleh ye Mas, saya share resepi ni di sini :)
 

Bahan-bahan :-
1 tin chick peas - jenama kimball
1 biji bwg besar - hiris
2 ulas bwg putih - ketuk
1/2 sudu bsr cili kering kisar
1 sudu bsr serbuk kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk ikan bilis knor
3 - 4 sudu besar air
2 tangkai daun kari
1 tangkai cili besar merah
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
Toskan chick peas, ketepikan. Tumiskan bwg putih, bwg besar, daun kari dan cili besar hingga kekuningan. Masukkan cili kering kisar dan seruk kari. Tumis hingga cili kering masak. Letakkan pula air, garam dan serbuk ikan bilis. Gaul hingga kuah mendidih. Masukkan chick peas. Kaup balikkan hingga sebati dan kuah jadi kering. Bolehlah matikan api.
 

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Oh kelihatan mudah juga tu Ann. Kakak tak pernah buat lagi. Mesti sedap ni..

Happy birthday buat Faizal.

Kella said...

waahhh.. tak pernah makan pun ni... leh la try.. thanks sharing resepi..
macam simple je.. tapi sedap yee... =)
happy besday to ur husband..

ieja amieja said...

kudapan yg sedap tu..nak buat pun mudah je kan..
hb 2 ur husband

Azian Elias said...

nampak cam best je.. simple..

Ann Ishak said...

Kakzakie - terima kasih untuk ucapan tu kak :)

Ann Ishak said...

Kella - thanks kella :)

Ann Ishak said...

ieja amieja - thanks ieja :)

Ann Ishak said...

Azian Elias - simple sangat, boleh buat bila2 masa :)