Monday, January 14, 2013

Dendam by Affifudin Omar


"To err is human to forgive is divine"

Suatu penulisan yang sangat berani, tentang menguatkuasaan, perniagaan, jenayah, rasuah, pangkat dan politik. kuasa dan wang mampu mendominasikan sesebuah negara. tidak dilupakan, elemen mistik dan spiritual ada jugak digarapkan oleh penulis menerusi novel ini. penggunaan ayat yang juga sangat ringkas dan mudah difahami. so far saya tak pernah kecewa lagi membaca buku2 dari terbitan Fixi ni, penulis2nya memang best betul.

Kerana dendam yang terpendam terlalu lama dalam dirinya membuatkan Khalil Gibran sanggup melakukan apa saja asalkan dendamnya langsai sungguhpun melibatkan orang yang tidak kena mengena dalam list dendamnya. walaupun jalan cerita masih menjurus ke arah yang agak 'keras' tetapi masih ada juga diselitkan kisah2 cinta, kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang begitu kuat di dalam diri Khalil Gibran. disebabkan jalan cerita yang begitu mengujakan, less than 3 days saya dah habis baca buku ni.

Kalau tak salah saya, penulis buku ini adalah seorang bekas Timbalan Menteri Kewangan 1995 -1999, Datuk Dr. Affifudin Omar. meh tengok sinopsis novel Dendam ni;
Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.
 

Dia mula menjadi zalim dan ganas  apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.

Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?

8 comments:

QasehnyaRania said...

as-salam..mcam menarik penceritaan nya

Anis Azalea said...

aku dah beli 6 buku fixi. pengsan nak buat marathon. ko kalu rajin tgk website diorang ada sale buku beli 6 sebijik jatuh RM14 je. tapi belum masuk kos pos la...la ni popular tak jual fixi novel. tataula nape..aku tgh nak beli lagi 6 ni..heheh

azieazah said...

I like Fixie books! Dendam ni dah baca dah. Pernah juga tulis di blog lama dulu.

Best kan?

Cho Zila said...

macam menarik ceritanyerni... seronok membacani...

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - memang menarik pun :)

Ann Ishak said...

anis abdullah - sebab popular tak pernah respond pada email diorang, macam tak serius nak jual agaknya. sekarang ni fixi books boleh dapat dekat MPH pulak

Ann Ishak said...

azieazah - betul kak, best sangat. terangsang otak dibuatnya :)

Ann Ishak said...

Cho Zila - memang seronok tau :)