Saturday, January 19, 2013

Fidyah solat dan puasa untuk ibu yang meninggal dunia

Puasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 46 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Saya mahu bertanya mengenai fidyah ibu saya yang meninggal dunia, tetapi saya tidak tahu sepenuhnya mengenai ibadah solat dan puasa yang ditinggalkan. Sepengetahuan saya, ibu tidak solat sewaktu beliau sakit.

Jawapan

Fidyah hanya boleh dikeluarkan dengan sebab si mati meninggalkan puasa iaitu sekiranya ditinggalkan selama sehari maka fidyahnya adalah secupak beras diberikan kepada fakir ataupun miskin. Sekiranya tidak tahu jumlah yang tepat berapa lama si mati meninggalkan puasa, perlu dianggarkan dengan anggaran yang sampai pada sangkaan bilangan hari yang ditinggalkan puasa itu.

Menurut pendapat yang muktabar, sekiranya si mati meninggalkan solat, maka tidak ada fidyah yang wajib dikeluarkan. Namun, waris boleh bersedekah dengan meniatkan sedekah itu daripada si mati dan semoga waris dapat memberi manfaat kepada si mati.

4 comments:

azieazah said...

Info berguna... Terimakasih.

aimaniman said...

yupp info berguna sebab time kecik2 dulu bukan kesah sangat tingal2 nak ganti2 puasa ni kan.. umur 12 .. 13 tahun dulu...

Ann Ishak said...

azieazah - sama sama :)

Ann Ishak said...

aimaniman - betul tu :)