Saturday, January 12, 2013

Ganti puasa

Puasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 44-45 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Pada tahun lepas, saya tidak sempat habis menggantikan puasa, adakah saya perlu mengganti dua kali ganda puasa itu pada tahun ini? Ataupun hanya perlu membayar fidyah?

Jawapan

Sekiranya saudari tidak sempat ganti pada tahun lepas, bermakna saudari wajib ganti puasa itu pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama iaitu tidak bertambah. Tetapi wajib membayar fidyah di samping menggantikan puasa itu sebanyak secupak beras bagi sehari yang ditinggalkan.

No comments: