Wednesday, January 9, 2013

Gomone Korean Restaurant

Saya : Ko ni kena kucing?!!
Kucing : miaw miaw miaw
Saya : Lapo ke?!!
Kucing : miaw miaw miaw
Saya : dah tu ko nak apa, nak kena cepuk ke?!!
Kucing : miaw miaw miaw....

Setelah di layan beberapa soalan, rupa2nya kucing ni suruh cari anaknya. wahhhh ko ahkak pandai bahasa kucing sudah. tapi betul uolsss, kucing ni sebenarnya ada anak kecik 3 ekor tapi sekor lagi dah hilang...kata apek dekat tempat service kereta ni. gigihlah saya merayau keliling kedai tu nak mencari manalah anak kecik kucing ni merayap. akhirnya jumpa jugak, betul2 tepi jalan dekat petak parking kereta. mujur tak kena langgar je. 

Saya : Hei ko ni kucing, duduk diam2 dalam kotak tu. netekkan anak ko tu je. ko merayau, tengok anak ko pun nak merayau sama.
Kucing : miaw miaw miaw....
Saya : mau kena cepuk jugak ko ni nanti

Masa dah time uolsss, waktu ni saya di tempat service kereta menghantar my camar putih tu buat normal check up. hantar dekat2 dengan rumah je sekarang ni, dah malas nak hantar dekat panel lagi...mahal sangat, tak larat nak membayar RM500++ setiap kali service. kalau pakai Ferrari tak apa jugak...ahaksss. beli minyak engin Petronas sendiri, lepas tu hantar service dekat dengan rumah...kos, alahaiiiiii tak sampai RM100 pun. memang jauh bagai langit dan bumi kekdahnya.
 
Selepas my camar putih siap selia, Faizal ajak makan pulak. dia mengajak nak makan korean food. okay destinasi cinta seterusnya, ke Ampang Point. ada korean restaurant yang saya suka pegi, dekat Level 2...Gomone Korean Restaurant. penangan tengok drama korea banyak sangat uolsss, kadang2 tengok diorang makan tu nampak macam sedap je.

Duduk je terus kami dihilangkan dengan Rooibos Tea, yang ni FOC...boleh minum sampai kembung.

 saya order Kimchi Jigeh RM15++

 Faizal ambik Jajangmyeon RM12, comes together with kimchi, sauteed & seasoned vegetable and soup
 
 our side order, Kimbap

and ni ha...tah apa namanya. daging masak ala halia rasanya. nak cuba try test, nah ambik address dekat bawah ni;

Gomone Korean Restaurant
Lot F32, 2nd Floor,
Ampang Point Shopping Centre,
Jalan Mamanda 3, Ampang
Opens daily from 11am - 9pm

2 comments:

Cho Zila said...

tak nah lagi akak cuba korean foodni... rasa cam tak kena jer ngan tekak akak sebab cam tak pedas...
pandai bahasa kucing yerk..

Ann Ishak said...

Cho Zila - ada jugak menu yang pedas kak, kimchinya pun pedas :)