Sunday, January 6, 2013

Hukum berkumur dengan Listerine pada siang bulan puasa

Puasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 42-43 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya musykil dan ingin mendapatkan jawapan berkenaan hukum berkumur dengan alat kumur contohnya Listerine ketika berpuasa. Adakah harus ataupun makruh?

Niat saya mahu menyegarkan mulut dan nafas kerana tidak digalakkan kerap gosok gigi ketika siang hari pada bulan puasa.

Jawapan

Menurut pendapat yang muktabar dalam mazhab Syafie, harus berkumur membersihkan mulut ataupun bersugi sebelum masuk waktu zuhur. Sekiranya selepas waktu zuhur hukumnya adalah makruh. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis di mana Nabi Muhammad berkata yang maksudnya:

"Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."

Walau bagaimanapun, Imam Nawawi dalam fatwanya menjelaskan, tidak makruh membersihkan mulut sekalipun selepas masuk waktu zuhur. Menurutnya, hadis itu bukan melarang membersihkan mulut, tetapi hanya menyatakan kelebihan orang yang berpuasa.

Pendapat Imam Nawawi ini menyatakan tidak mengapa membersihkan mulut dengan ubat pencuci mulut bagi orang yang sedang berpuasa.

(Rujukan Kitab Majmuk Imam Nawawi)

4 comments:

Azian Elias said...

Akak rasa amat tak selesa kalau lepas tidur .. mesti nak basuh.. kalau tak kuar rumah lps tu, usually tak lah gosok gigi. tapi kalau kena keluar, i have to..

Kesuma Angsana said...

tq share ye

Ann Ishak said...

Azian Elias - betul tu kak, rasa macam tak bersih je kan

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - :)