Friday, January 4, 2013

Iftar dengan Asam Pedas Ikan Cencaru

Malas pulak rasanya nak berbuka di luar, lebih suka iftar di rumah saja. masak pun simple, cepat dan ringkas. apa lagi, terjadilah Asam Pedas Ikan Cencaru untuk hidangan iftar saya malam tadi.
 
Bersihkan ikan cencaru, buang bahagian kulit keras dan toskan. panaskan minyak, tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, belacan, buah keras dan serai yang di kisar halus sehingga harum dan garing. selepas tu tuangkan air secukupnya dan masukkan ikan dan sawi jeruk. kemudian masukkan jus asam jawa dan perasakan secukupnya. hidangkan bersama nasi panas.

Alhamdulillah sempurna ibadat puasa sunat saya tanpa ada sebarang dugaan berat.

8 comments:

Cho Zila said...

tak penah buat asam pedas cencaru... ooo akak masak asam pedas takder buah keras.. mungkintuler pasal kurang asam pedas akaktu.

Ena's Stories said...

mmg sedap berbuka di rumah aje..buat yg ringkas2 pun cukup kan..menyelerakan tgk gambo2 nih..
selamat berbuka dan selamat berpuasa...

Marsita Yahya said...

betul tu..buka kat rumah lagi selera..walaupun ringkas.

QasehnyaRania said...

tak penah try buat ikan cencaru masak asam pedas..
selau sumbat sambai nyior je ;)

Unknown said...

Cho Zila - tak jugak kot kak :)

Unknown said...

Ena's Palace - terima kasih ena :)

Unknown said...

Marsita Yahya - lebih selesa jugak :)

Unknown said...

QasehnyaRania - buat sumbat pun sedap jugak ek, nak buatlah next time :)