Thursday, January 10, 2013

Ikan Rebus Air Asam



Di saat takde idea nak masak apa untuk makan malam ni, lebih senang rebus je apa2 yang patut. nak makan dekat luar pun takde mood nak keluar semula. tengok dalam ice gobok adalah 2 ekor ikan selar, lepas tu adalah tomato ceri yang kalau dibiarkan sehari dua lagi mau kecut...baiklah masak je dua bahan tu. maka jadilah ikan rebus air asam menu makan malam kami



Since saya hanya ada stock ikan selar, saya rebus ikan tu dan toskan...boleh jugak gunakan ikan kembung or ikan tongkol pun sodap jugak. sementara merebus ikan tu, potong 2 tomata ceri, bawang besar, cili besar dan cili padi di mayang. masukkan ikan yang dah ditoskan tadi dalam pinggan hidang. curahkan tomato ceri, bahan2 mayang dan air asam jawa yang telah di kacau bersama sedikit belacan (perasakan sekali dengan garam dan gula). dah siap, cepat kan. bolehlah makan bersama nasi panas.

 
Nasi dah habis tapi tangan masih lagi tak berhenti meratah ikan pulak, tak payah makan dengan nasi pun kenyang jugak.

6 comments:

azieazah said...

Idea best ni kan? Nak cuba. Maknanya, bancuh air asam tu boleh guna air rebusan ikan tu jer kan?

Ann Ishak said...

kalau nak lagi sedap, begitulah caranya kak...ermmm sedapnya

QasehnyaRania said...

as-salam..comfirm sedap pekena dengan air asam kan:D

Ratu Hatiku said...

mkn yg mcm nielah yg sdp dan menyihatkan

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - sedap sangat :)

Ann Ishak said...

Ratu Hatiku - yelah, tak pakai minyak pun...rebus2 je :)