Wednesday, January 2, 2013

Mem'Biru' ke Rembau

Pegi walimatulurus lagi, kali ni adik kepada my kakak ipar pulak. kami adik beradik berjanji temu di Taman Tunku Jaafar Seremban, sapa sampai lambat kena belanja minum...macam biasa sayalah yang lambat tu ahaksss tapi tak dan nak belanja minum pun, terus lenjan ke rumah pengantin je.

destinasi rumah pengantin adalah di Rembau

Tak berjanji apa2 pun sebelum tu tapi pada hari majlis ni, kami adik beradik semuanya berbaju warna biru...betul2 punya kebetulan sampai 4 beradik membiru sudah. mujur pengantin of the day temanya HIJAU.

Yang kurang bestnya masa kami sampai ke rumah pengantin, hujan turun da...mulanya renyai sampailah lebat, soh2 pengantin dok makan budu banyak ni ahaksss. lama kami di rumah pengantin sebab hujan turun melebat lagi sampai 3pm. akhirnya plan beramai2 mau ke JB terpaksa di batalkan. bertukar kepada plan makan durian di rumah my kakak yang sulong. di pertengahan jalan, sempat berhenti nak membeli. bukannya nak beli durian tapi nak beli petai, geram tengok weh...gemoks2 matanya.

Akhirnya saya pun stay terus di Sg Machang. baju memang tak perlu risau, memang ada standby travel bag dalam bonet kereta setiap masa.

4 comments:

ejulz said...

selamat pngantin baru buat pengantin.. smoga kekal bhagia hingga akhir hayat.. :)

Kathy Tuah said...

sy pun pantang tengok petai..mesti nak membeli..hihi..

btw, selamat pengantin baru buat pengantin ^^

Ann Ishak said...

ejulz - :)

Ann Ishak said...

Kathy Tuah - sedap kan makan petai :)