Sunday, January 13, 2013

Mengeluarkan air mani dengan sengaja pada bulan puasa

Puasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 45-46 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya dan suami belum dikurniakan anak. Kami berjumpa dengan pakar sakit puan dan suami saya diminta melakukan ujian air mani sedangkan dia berpuasa Ramadan. Saya tahu mengeluarkan air mani dengan sengaja akan terbatal puasanya. Namun, adakah ia satu dosa besar? Tujuan kami adalah bagi melakukan ujian kesuburan. Apakah hukumnya? Bagaimana pula cara mengganti puasa itu?

Jawapan

Mengeluarkan air mani dengan tujuan membuat ujian kesuburan tetap membatalkan puasa sebagaimana yang disebut para sarjana fikah yang murtabar. Ia dikira berdosa kerana ujian itu boleh dilakukan pada bulan-bulan lain dan tidak termasuk perkara yang penting iaitu berkait dengan menyelamatkan nyawa ataupun anggota badan daripada mengalami kecacatan sekiranya tidak dilakukan ujian itu. 

Wajib diganti puasa yang terbatal itu dengan segera selepas masuk bulan Syawal.

2 comments:

Wan Afzan said...

nice sharing this. kadang2 ade yg xtau kan.

Ann Ishak said...

Wan Afzan - sekadar berkongsi ilmu, semoga bermanfaat buat semua :)