Saturday, January 26, 2013

Menunaikan haji dalam keadaan berhutang

Haji dan Umrah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 54 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apakah hukum orang yang menunaikan haji sedangkan dia mempunyai hutang rumah dengan kerajaan, hutang kereta dengan bank dan juga hutang beli tanah? Ada pendapat yang menyatakan zaman sekarang, hutang-hutang seperti membeli rumah dan kereta adalah keperluan mendesak. Oleh itu, ia tidak termasuk dalam syarat yang mengekang daripada mengerjakan haji. Benarkah, ustaz?

Jawapan

Seseorang yang mempunyai hutang membeli rumah ataupun kenderaan masih wajib pergi menunaikan haji apabila cukup belanjanya. Pandangan yang mengatakan kita mesti habis bayar hutang dahulu kemudian baru wajib menunaikan haji adalah salah. Malah, tidak ada seorang sarjana Islam pun sependapat dengan penyataan itu.

2 comments:

mama_saly said...

nice sharing.. info yg bmanfaat..

Ann Ishak said...

thanks kak :)