Thursday, January 24, 2013

Orang tua menerima zakat

Zakat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 50-51 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.  

Soalan

Saya mempunyai seorang ayah yang sudah tua. Beliau mempunyai banyak harta seperti duit dan tanah sedangkan dia menerima duit zakat kerana sudah tua. Bolehkah dia menerima duit zakat itu?

Jawapan

Ayah tuan tidak boleh menerima zakat atas sebab tua kerana tua tidak termasuk dalam asnaf yang berhak menerima zakat kecuali dia itu adalah tua yang miskin, fakir, ibnu sabil dan sebagainya. Begitu juga haram membahagikan zakat kepada anak yatim. Hukumnya tidak sah dan perlu mengeluarkan semua zakat itu. Ini kerana anak yatim tidak termasuk dalam asnaf zakat melainkan anak yatim itu fakir, miskin dan tergolong dalam asnaf zakat. Anak yatim tidak semestinya miskin. Ada juga anak yatim yang kaya dan berharta. Sekiranya anak yatim itu kaya dan berharta, maka dia tidak boleh menerima zakat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Today jugak adalah my honey bear aka my laki aka Faizal birthday yang ke 34. saya tua bulan je dengan mamat ni. semoga panjang umur, murah rezeki kita bersama, semoga banyak perkara yang mengembirakan menanti sepanjang tahun ini. doa ku sentiasa mengiringi setiap perjalanan mu...amin 

 

6 comments:

azieazah said...

Jelas nampaknya jawapan UAI itu. Thanks berkongsi.

Selamat Ulangtahun Kelahiran to FAIZAL. Moga sejahtera dan sukses selalu.

Wahhh boleh celebrate serentak nii. Kongsi kek la ya?

Azian Elias said...

thanks for sharing..


Happy bufday to yr laling..

kak yon said...

terimakasih berkongsi.suka cara UAI jawab soalan..ringkas dan mudah faham..

Ann Ishak said...

azieazah - saya lambat lagi kak, Julai nanti :)

Ann Ishak said...

Azian Elias - thanks kak :)

Ann Ishak said...

kak yon - sama2 kita menimba ilmu :)