Thursday, January 10, 2013

Restoran Mee Udang Mak Jah Wangsa Maju

Biasa dengar mee udang, mesti dah terbayang udang yang banyak dalam mangkuk kan... saya pernah makan mee udang yang sedappppp di Sungai Dua Penang, perh memang terbaik la. dan yang seterusnya mee udang yang sedap ada dekat Kuala Sepetang, kedai Mak Jah.

Sekarang ni dah senang sikit nak pekena mee udang Mak Jah bila2 masa tanpa perlu ke Kuala Sepetang, Mak Jah dah bukak branch dekat Wangsa Maju uolsss. malam tah bila agaknya pegi makan dekat sana untuk kali....tah ke berapa dah, banyak kali jugak dah pegi makan dekat branch Wangsa Maju ni cuma keluar entry je yang belum lai...

 Sirap Bandung RM1.50 & Limau Panas RM1.40
 
Bila masuk kedai ni, kita di hidangkan di sekitar dinding kedai dengan gambar2 hitam putih kedai yang dekat Kuala Sepetang tu...ala2 gambar2 dulu kalalah agaknya sebelum kedai ni famous macam sekarang. most of the chairs pun warna hitam putih jugak...haila dah macam tahi cicak pun ye jugak. keadaan dalam kedai adalah teratur cuma susunan meja adalah agak rapat dengan meja yang lain. kedai sejuk ada kipas, kalau dekat Kuala Sepetang tu...uihhhhh kemain panas lagi. tempat solat ada disediakan, mudahlah kalau dah masuk waktu boleh terus tunaikan solat je.

 kali ni makan dengan nasi putih, Sayur Campur RM3

 nasi putih sepinggan RM1

 Udang Sambal Special RM13, tengok udangnya...medium size je dek :(

 Udang Goreng Tepung Special RM13, sedap!!!

Sepanjang saya datang menikmati makanan di kedai ni, majority pengunjung adalah melayu sahaja, bangsa lain tak makan mee udang agaknya ye.
 
Pada sesiapa yang belum tau lagi tempatnya di Wangsa Maju ni, senang je. kalau tahu Restaurant Cheng Ho, mesti dah takde masalah lagi sebab kedai Mak Jah ni bertentangan dengan baris kedai Cheng Ho dan hujung sekali, betul2 mengadap Butik Hajaba. parking memang senang sangat tapi kalau waktu office hour tu tak taulah pulak keadaannya.
 
Inilah rupa udang yang dikatakan special besar2 tu, gemuks sikitlah dari jari ahkak tu. udangnya pun dah tak berapa nak fresh lagi, manis udang tu sendiri pun dah jadi payau weh. berbeza rasa dan size udang kalau nak compare dengan yang dekat Kuala Sepetang tu sendiri. tapi kalau dah teringin datang jugak makan lagi, tu yang dah banyak kali jugak terjah walaupun rasa tak setanding yang ori.

6 comments:

masniwati rahman said...

Aku x pnah makan mee udang lgi. Ritu g sg dua, tutup plak. Harus g kat wangsa maju. Teringin da

Fadilah Aziz said...

Tak pernah rasa mee udang mak jah ni, eh, kalau area situ memang dekat dgn rumah sy, bolehla singgah bila ada kesempatan nanti

QasehnyaRania said...

selalu beli tapau je..tak payah pergi kuala sepetang dah kan ;D

Ann Ishak said...

masniwati rahman - cubalah :)

Ann Ishak said...

Fadilah Aziz - dah dekat kan, haruslah cuba :)

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - yelah, nak pegi jauh pulak kan :)