Wednesday, January 30, 2013

Sira Labu Laici

Ini adalah desert yang paling saya suka, teringat masa kecik2 dulu arwah ayah selalu buatkan untuk saya. biasalah tinggal berdua je dengan ayah, apa yang ayah masak itulah yang saya makan dan menjadi kegemaran betul. memang sedap di makan sejuk, perh nikmat tekak. kali ni saya buat lawan dengan laici, berlawanlah manis dedua tu.
 
Masak labu yang dipotong ikut suka bersama air, gula melaka, gula pasir, secubit garam dan daun pandan. biarkan masak sehingga airnya kering. setelah masak, tutup apinya. bila nak makan, hidangkan sekali bersama laici atau boleh je makan begitu saja.
 
Masa makan hati terasa sayu, rindu sangat padanya.

2 comments:

Rai Ourkizuna said...

saya suka labu! tak kisah buat apa pun..bingka, masak lemak, pengat.. perghh..sedappp...

Ann Ishak said...

oh rai, selera kita sama :)