Tuesday, January 1, 2013

Solat sunat taubat

Solat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 39 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Bagaimana niat solat sunat taubat dan bacaan yang perlu dibaca?

Jawapan

Niatnya seperti berikut:

"Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala."

Selepas membaca surah al-fatihah, baca surah-surah yang diingati sama ada pendek ataupun panjang. Tidak ada surah-surah yang tertentu dalam mengerjakan solat sunat taubat ini.

No comments: