Tuesday, January 8, 2013

Sup Berkrim Brokoli

French toast takde, tapi saya ganti dengan Honey Wholemeal bread yang saya gesek dengan bawang putih dan toast kan. plan nak dinner ala light & easy gitu, jadinya saya buat sup berkrim brokoli. kena sahut seruan, kurangkan nasi dalam makanan...ewah, tengoklah berapa lama je tahannya tu. kalau dah tekak melayu, susah nak ubah.

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, leek, seleri yang dihiris dan daun salam sehingga naik bau. kemudian masukkan brokoli yang di potong dan kacau rata dan masak. seterusnya masukkan air rebusan ayam dan biarkan sehingga mendidih. selepas itu matikan api dan biarkan sejuk seketika. setelah itu, masukkan bahan tumis tadi ke dalam food processor dan kisar sehingga hancur dan sebati. kemudian tuangkan ke dalam periuk dan didihkan semula. akhir sekali, masukkan cooking cream dan perasakan dengan garam dan black pepper. kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.
 
very light & easy dinner, seminggu makan macam ni mau kecut saya ni...ahaksss

6 comments:

QasehnyaRania said...

as-salam
bagus ni..

sahut cabaran tu kak ;)

Mimy Hamid said...

nak cuba untuk masakan Fayel la...sedap ni..mama dia leh makan sekali hehe

munna said...

nampak sedaplah.... boleh juga cuba utk anak2 munna yg kurang makan sayur

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - sahut jangan tak sahut ye :)

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - betul tu :)

Ann Ishak said...

munna - bagus :)