Monday, January 28, 2013

Upah haji untuk ibu

Haji dan Umrah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 56 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Bagaimana melakukan upah haji? Apakah kewajipan lain untuk saya sebagai anak lelaki lakukan selepas ibu saya meninggal dunia?

Jawapan

Apabila seorang itu mati, ada beberapa perkara yang perlu dibuat selain daripada kewajipan menguruskan jenazahnya.

Antaranya adalah membayar hutang si mati kepada Allah seperti hutang puasa, haji, zakat, wasiat, nazar dan lain-lain dan membayar hutangnya kepada orang yang hidup.

Jika si mati meninggalkan harta maka wajib pemegang hartanya membayar hutang Allah dahulu kemudian hutang sesama manusia. Jika si mati tidak meninggalkan harta maka sunat atas warisnya tolong menjelaskan kedua hutang tersebut.

Jika si mati meninggalkan harta dan belum sempat menunaikan haji maka wajib digunakan harta itu bagi mengupah kerja hajinya iaitu waris menggunakan wang itu bagi mengupah seorang yang lain untuk pergi mengerjakan haji bagi pihak si mati. Jika si mati tidak ada harta yang ditinggalkan maka sunat atas para warisnya tolong mengerjakan haji untuknya dengan sukarela.

4 comments:

Kancil 8349 said...

info yang baik...terima kasih

azieazah said...

Terimakasih berkongsi info.

Kakak ipar saya pun sedang mengusahakan untuk upah haji utk arwah ibu mertua saya yg baru meninggal.

Ann Ishak said...

Kancil 8349 - sama2 :)

Ann Ishak said...

azieazah - alhamdulillah :)