Saturday, January 5, 2013

Waktu luput solat sunat Duha


Solat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 40 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Bilakah luput waktu solat sunat Duha?

Jawapan

Waktu solat sunat Duha bermula apabila tinggi sedikit matahari di kaki langit sehingga waktu zawal (matahari condong ke barat). Tinggi sedikit yang dimaksudkan itu ialah sekitar jam 8.30 pagi dan maksud zawal pula ialah waktu zuhur sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis yang sahih.

Sekiranya menunaikan solat Duha sebelum tinggi sedikit matahari ataupun selepas masuk waktu solat zuhur, maka tidak sah solat itu.