Wednesday, February 13, 2013

Aktiviti makan, tido, makan dan tido

Selamat bekerja semula uolsss selepas bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina. saya...masih bercuti lagi sehingga cukup bulan, wah best sungguh!!! saya tak ke mana2 pun sepanjang cuti yang lepas, seronok pulak duduk KL ni bila masa cuti panjang...jalan mana2 pun tak jammed seh.

 
 
Meh sambung semula kisah birthday treat untuk mamat ni di The Legend Cherating Pahang. 3 gambo di atas tu budget suasana pagi sangat kan, tapi sebenarnya itu adalah sebelah petang selepas waktu zohor. selepas breakfast, kami balik ke bilik dan sambung tido lagi. bilik sejuk, langsir tutup rapat...suasana gelap sejuk memang terbaiklah di buai mimpi. yang jadi gambo berkabus tu sebab camera pun bersejuk sama...lense terus berkabus.

 ini suasana sebenar ketika itu...panas, langit cerah membiru

Aktiviti untuk hari ni memang takde apa2 cuma makan tido makan dan tido saja...terapi diri dan minda saya dan suami. bila stress, badan penat, otak sakit terbeban pasal kerja masing2...inilah terapi terbaik kami, pegi bercuti, rehat tido dan makan saja. orang kata shopping juga adalah terapi terbaik tapi tak berkesan langsung untuk saya.

Celik mata, perut pun mintak isi sama...selepas solat zohor terus keluar mencari makan. terasa yang mencari makanan yang light saja, walaupun sarapan taklah semewah di hotel 5 star tapi mampu sangat membuatkan perut kenyang sampai ke petang, alhamdulillah.

 
 satar

 
 otak otak

Minum pulak dengan air kelapa muda...perh nikmat bergelek lemak ahkak dek. dekat Cherating ni payah nak jumpa, harus tempat paling fav diterjah...balik kampung le. Cherating dengan Kemaman tu bukanlah jauh bebenar pung....Warung Awie tu macam memanggil2 je suruh datang ^_^

hi!!! kita suka dekat awaklah. awak suka dekat kita tak?!!!

2 comments:

Ibuhani said...

Happy belated bday to mamat dia ni. Smoga diberkati Allah SWT dunia akhirat!

Ann Ishak said...

terima kasih