Wednesday, February 13, 2013

Apam 3 Kaler

Tengah2 belek segala card dalam wallet, ter check sekali my driving license...aayoyo dah matilah. macam mana boleh tak perasan ni tapi bila pikir balik manalah nak perasan, bukannya selalu belek pun.
07/09/2012 lagi dah tamat tempoh, baru awal 01/2013 baru perasan
Lalu saya ambik cuti semata2 nak pegi renew license. sekali datang post office, oohai ramainya manusia...tengoklah angka giliran tu, 108 orang lagi yang saya kena tunggu. baik pegi makan dekat Sushi King je dulu, kenyang jugak perut. selepas 1 jam, baru saya datang semula...masa tu masih ada less than 30 numbers lagi di hadapan tapi mujur cepat sebab banyak numbor yang dipanggil tapi orangnya dah hilang. tak larat agaknya menunggu lama. selepas ni barulah senang nak mengingati tempoh tamat driving license sebab tarikh itu akan mengikut sama dengan tarikh lahir kita...takde alasan lagi, cuma kena ingat tahun bila pulak tamatnya ye. saya punya license ni tamat tahun 07/07/2016 nanti.

Okay kisah renew license dah selesai. petang tadi saya terlebih rajin or terlebih boring...ermmm apa2 lah. janji saya minum petang bersama my Apam 3 Kaler. apam tu amatlah gebus, tinggal lagi terlupa nak gris bekas...tu yang hasilnya sipak sikit sebab melekat dekat permukaan bekas. 


Bahan-bahanya :-


2 biji telur

1 camca teh ovallate

1 camca teh esen vanila

150 gram tepung gandum

1/2 camca teh baking powder

90 gram gula halus

125 ml santan pekat segar

Pewarna makanan



Cara2nya :-


1. Satukan dan pukul gula, ovallate dan telur dengan kelajuan max, sehingga putih dan pekat.


2. Perlahankan kelajuan, tuang santan dan esen vanila dan putar sehingga rata. masukkan tepung gandum dan baking powder (ayak dulu) sedikit demi sedikit. putar lagi sehingga sebati.


3. Bahagikan kepada 3 bahagian (ikut banyak mana warna di gunakan) - saya guna 3 warna


4. Bila pengukus dah panas, letak dlm bekas then kukus dalam masa 30 minit dengan api yang sederhana.


5. Bila dah siap masak, keluarkan dari bekas acuan. Sejukkan dan bolehlah di hidang.

nak letak kelapa parut pun boleh, buat pulak teh o panas...terangkat babe

6 comments:

ejulz said...

selalu je terlupa pasal tu kan.. kalau ejulz slalu set masa kat kalender phone. hehe. sedap kuih.. hhehe

Ibuhani said...

Cantik bentuk apam tu.....love lg!

Anis Azalea said...

aku tak pernah lupa renew lesen. hehe apam sedap weiii

Unknown said...

ejulz - sekarang tak perlu lagi kot, dah sama dengan tarikh lahirkan :)

Unknown said...

Ibuhani - hihihi

Unknown said...

anis abdullah - aku pulak tak pernah INGAT nak renew lesen :)