Wednesday, February 6, 2013

Asam Pedas Daging

Hari ni my laki cuti tapi katanya rasa macam bekerja je. saya kata pulak, okaylah dari duduk rumah tido je sampai ke petang dengan alasan nak qadar tido yang tak cukup tu. sebelah pagi tadi saya dah siapkan lunch untuknya, tinggal panaskan aje dan masak nasi masa nak makan nanti. menu hari ni, Asam Pedas Daging.
 
Daging direbus seketika sehingga empuk. panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar (bawang putih, bawang besar, halia dan cili kering) dan serai yang diketuk sehingga garing. kemudian masukkan asam keping dan daging, kacau sehingga sebati. selepas tu masukkan tomato, kentang, air asam jawa dan air rebusan daging tadi, kacau mesra. perasakan dengan garam dan biarkan sehingga kentang empuk. sedia untuk dihidang...
 
Pada yang tak suka makan daging, boleh je kalau nak tukar dengan ayam, ikan dan daging tetel kalau suka.

10 comments:

Cho Zila said...

dulu akak ingat asam pedas ikanjer tengok macam2 rupanya... tak penah cuba lagi masak.. mungkin boleh ditrykan..

Ratu Hatiku said...

Ha pernah x buat asam pedas ayam... cuba buat... sedap tau..saya suka hihihi

mama_saly said...

owh rupanya daging pun boleh di buat asam pedas..nampak best..

azieazah said...

Wahh best, simple. Daun kesum pun tak payah.

Ada orang buat Asam Pedas Daging ni depa boh sedikit kerisik.

Ini kalu makan dengan roti pun sedap, kan?

Mimy Hamid said...

sedap nya kak

Ann Ishak said...

Cho Zila - cubalah kak, pasti tak menghampakan :)

Ann Ishak said...

Ratu Hatiku - pernah jugak, memang sedap kan :)

Ann Ishak said...

mama_saly - memang best :)

Ann Ishak said...

azieazah - mau sebuku roti habis sekali hadap je kak :)

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - cubalah buat pulak, mesti megat suka :)