Friday, February 1, 2013

Aurat di dalam televisyen

Aurat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 58-59 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.  

Soalan

Apakah hukum melihat aurat perempuan di dalam televisyen? Memandangkan perkara ini tidak dapat dielakkan lagi walaupun ketika menonton berita.

Jawapan

Aurat seperti rambut pembaca berita televisyen menurut sebahagian sarjana Islam adalah makruh dilihat. Aurat seperti paha ataupun dada pula haram dilihat kerana yang pertama itu biasanya tidak membangkitkan syahwat sebagaimana aurat bahagian kedua.

Sebahagian lagi sarjana Islam pula mengatakan ianya tetap haram seperti melihat aurat-aurat yang berat.

8 comments:

Kak Mahh said...

Kena rujuk pafa yang pakar.

Nor Salmi said...

Memang sukar nak dielakkan sebab mslh aurat ni datang berpakej. Kalau rambut terdedah, yag lain tu terutamanya dada turut terdedah sama. Lebih menyedihkan jika yg bertudungpun macam tak berbaju..

Mizz ErMa said...

itu ler pasal..sebab tu nenek sy xsuka tgk cite bukan melayu kat tv..tp cite melayu pon lebih kurang aje dgn cite bukan melayu kan..

Aishah Jahirah said...

opah saya selalu marah kalau buka siaran tv yang macam tak cukup baju je pakaian dia.

Ann Ishak said...

Kak Mahh - ye betul tu kak :)

Ann Ishak said...

Nor Salmi - memang macam tula selalunya kak :)

Ann Ishak said...

Mizz Erma - kekadang citer melayu lagi over dalam bab berpakaian :)

Ann Ishak said...

Aishah Jahirah - orang tua memang prihatin, kita yang muda ni pulak selalu alpa :)