Saturday, February 9, 2013

Aurat di hadapan bukan Islam

Aurat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 61-62 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Adik perempuan saya mempunyai kawan sebilik yang bukan Islam. Saya ada bertanya kepada beberapa orang ustaz berkenaan masalah aurat perempuan Islam dengan perempuan bukan Islam. Ada ustaz yang mengatakan aurat antara perempuan Islam dan bukan Islam haram seperti mana auratnya kepada lelaki. Adik saya sudah cuba meminta ditukarkan bilik, namun gagal. Ini mengundang masalah terutamanya yang melibatkan dosa pahala. Ada ustaz lain pula mengatakan tidak mengapa, asalkan kita siqqoh (yakin). Apakah hukum yang sebenarnya? Mohon penjelasan ustaz.

Jawapan

Aurat perempuan Islam di hadapan wanita bukan Islam yang tinggal serumah ialah seluruh tubuhnya melainkan kaki, jari sampai ke lengan dan kepalanya. Harus membuka kakinya dan tangan sampai ke lengan dan rambutnya sewaktu  berada di dalam rumah.

Berpakaian seperti berseluar pendek ataupun berkemban (tidak menutup aurat) adalah haram.

Ini adalah pendapat satu golongan daripada sarjana fikah.

3 comments:

Kesuma Angsana said...

tq sharing this ye. sgt2 bermanafaat

Ibuhani said...

Tq 4 d info. Berguna pd anak2 k.ani ni.

Ann Ishak said...

ilmu sesama di kongsi :)