Saturday, February 2, 2013

Aurat di laman rumah

Aurat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 59-60 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya kerap kali menasihati anak-anak (perempuan) dan isteri menutup aurat walaupun berada di halaman rumah kerana dilihat oleh jiran-jiran.

Apa yang mengecewakan saya adalah mereka tidak mengikuti nasihat saya walaupun mereka menutup aurat ketika keluar ke tempat lain.

Apakah saya dikira masih berdosa kerana gagal mendidik mereka? Saya mohon penjelasan daripada ustaz kerana situasi ini sering mengganggu saya.

Jawapan

Apabila suami sudah menyuruh anak isteri menutup aurat apabila keluar ke halaman rumah, tetapi anak dan isterinya enggan mematuhinya, maka wajib ke atas suami menahan mereka keluar dari rumah.

Apabila suami sengaja membiarkan mereka keluar dalam keadaan mendedahkan aurat, maka suami menanggung dosa.

Suami tidak boleh berlembut dalam soal hukum seperti ini. Terangkan kepada mereka suami menanggung dosa anak isteri yang tidak mematuhi perintah agama.

Selalu bawa mereka ke majlis-majlis ilmu ataupun memperdengarkan kepada mereka kaset ataupun VCD yang menerangkan hukum-hukum agama supaya hati mereka lembut.

8 comments:

Kakzakie said...

Kalau sayang pada suami/ayah sebaiknya tutuplah aurat tak kiralah dalam/luar rumah asal mereka yg bukan mahram boleh melihatnya ketika itu.

QasehnyaRania said...

as-salam belom tu cakap kak zakie;)

dah ditegur sepatutbnya dgr ckp suami kan..kalau sya ghasa bertuah sbb suami prihatin dan rasa tanggungjwabnya

Aishah Jahirah said...

ramai suami yg xamek kisah perkara mcm ni..yg terbaik kalau kita syg suami kita kenalah jaga segalanya...:)

azieazah said...

Yang memimpin pun kena la tunjuk contoh yang baik. Biasanya, jika betul cara pimpinannya, tiada sebab anak isteri nak mengikarinya.

Ann Ishak said...

Kakzakie - betul tu kak :)

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - :)

Ann Ishak said...

Aishah Jahirah - takkan sanggup suami terseksa atas kesalahan kita sebagai isteri kan :)

Ann Ishak said...

azieazah - betul tu kak :)