Sunday, February 3, 2013

Aurat lelaki

Aurat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 60-61 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.  

Soalan

Saya seorang yang aktif bersukan. Saya ingin bertanya, adakah pemakaian seluar panjang ketat (tight) bersama seluar pendek memenuhi tuntutan menutup aurat bagi lelaki? Sebagai pengetahuan ustaz, saya selalu memakainya ketika bersukan. Saya mohon penjelasan ustaz.

Jawapan

Aurat lelaki di hadapan sesama lelaki adalah di antara pusat dengan lutut. Oleh itu, pakai seluar panjang ataupun track suit ketika bersukan. Tidak menjadi halangan dalam bersukan apabila memakai seluar panjang.

Kita lihat ahli-ahli sukan bertaraf dunia ada yang memakai seluar panjang ketika bersukan. Contohnya lumba lari dan bola sepak.

Ada setengah ahli sukan yang memakai seluar panjang berjaya mengalahkan pesaingnya yang memakai seluar pendek. Bahkan ada yang berjaya mencipta rekod dunia.

Di sebelah negara Eropah utara seperti Sweden, Norway dan Poland, pemain bola sepak kelab-kelab ternama ini memakai seluar panjang ketika musim sejuk.

Hukum lelaki memakai seluar ketat sehingga menampakkan bentuk badannya adalah makruh. 

4 comments:

Kak Mahh said...

Perkongsian yang baik.

azieazah said...

Satu lagi saya tak berkenan dulu-dulu pemain sepak takraw main suar pendek bila libas nampak suar dalam. Hehehe

tapi sekarang ni semua depa dah pakai inner panjang sebelum memakai suar pendek.

Ann Ishak said...

Kak Mahh - terima kasih :)

Ann Ishak said...

azieazah - betul tu kak, mujur saya tak minat sepak takraw :)