Saturday, February 23, 2013

Bersedekah dengan wang haram

Jual Beli - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 71-72 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Ustaz, apa hukumnya duit yang diambil secara rasuah dibelanjakan kepada kawan-kawan? Apa pula hukumnya orang yang makan daripada duit rasuah kawan yang belanja itu?

Apakah hukumnya duit rasuah itu diberi sedekah kepada golongan miskin dan memerlukan?

Jawapan

Hukum mengambil duit secara rasuah adalah haram menurut ijmak sarjana Islam. Nabi Muhammad berkata dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah itu dalam api neraka."

Haram berbelanja atau menjamu kawan-kawan dengan wang itu. Orang yang mengetahui sumber wang itu adalah haram, maka haram memakan makanan yang dibelanjakan oleh kawanya itu. 

Bagi orang yang tidak mengetahui sumber wang itu adalah haram, mereka tidak berdosa sekiranya memakan makanan itu.

Walau bagaimanapun, agama menyuruh kita berhati-hati dengan makanan yang haram dengan cara mengenali orang yang mahu menjamu makanan ataupun pemberian yang dibeli daripada wang yang haram.

Bersedekah dengan wang haram pula tidak mendapat pahala daripada Allah kerana nabi berkata dalam sebuah hadis yang direkodkan Imam Tirmizi bermaksud,

"Allah tidak menerima sedekah daripada wang yang haram."

12 comments:

ieja amieja said...

thanx atas perkongsian ini..

Mizz ErMa said...

tapi ramai yang buat2 xtau pasal keharaman rasuah nie kan..

azieazah said...

Terang-terang rasuah tu duit nak kaya cepat. Nak terlingkup pun cepat juga.

Negara yang korupsi, tak pernah maju.

Ema Blog said...

thanks atas perkongsian ini

Aishah Jahirah said...

biar sedikit sedekah asal sumber halal....:)

Kesuma Angsana said...

gd sharing tq ye !

Ann Ishak said...

ieja amieja - :)

Ann Ishak said...

Mizz Erma - tau takpe :)

Ann Ishak said...

azieazah - salah satu cabang nak dapat duit cepat jugak tu kak :)

Ann Ishak said...

Ema Blog - :)

Ann Ishak said...

Aishah Jahirah - betul tu AJ :)

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - :)