Wednesday, February 6, 2013

Birthday Treat @ The Legend Resort Cherating

Masih sama concept seperti tahun lepas, tahun ni ke Cherating pula. kami stay di The Legend Resort. ikut pilihan saya mau je stay dekat area bandar Kuantan tapi kena utamakan pilihan my laki lah...his big day kot.
 
Kali ni kami stay di sini selama 3D2N di kala orang lain sibuk pegi kerja tapi kami pegi bercuti. alhamdulillah tiada apa2 masalah sepanjang perjalanan dari KL ke Cherating dan kami sampai on time untuk check in bilik. yang tak menariknya, takde wifi di bilik, hanya boleh access di lobby area je...tapi saya tak ada masalah sebab ada bawak broadband sama. inilah bilik kami, al faham2 ye...ini resort yang dah lama beroperasi. furniture pun ala2 vintage gitu.
 
Saya membuat booking melalui Groupon untuk  1 malam dan Agoda untuk 1 malam lagi. keadaan bilik yang selesa dan bersih, kami dapat bilik di bawah saja tanpa perlu turun naik tangga...pemandangan dari balkoni mengadap pool dan laut biru. kali ni kami mandi di pool, saya kan tak suka mandi di pool tapi kali ni tewas jugak. maybe takde orang, tu yang buat teruja jugaklah nak ke pool.  ada 3 type of pool di resort ni. tidak perlu membawa tuala mandi dari bilik ke pool, pihak resort ada menyediakan tuala mandi secara percuma di pool area. sekiranya nak buat aktivity lain di sekitar resort, pihak resort ada menyediakan basikal untuk berkayuh mengelilingi kawasan resort, gelanggang futsal pun ada sebab sebelah malamnya saya nampak ramai yang main futsal dan aktivity pantai jugak ada disediakan.
 
Nice bathroom...bersih takde daki2 pun. 
 
Provided with basic toiletries including toothbrush. 
 
Anyway, this resort suitable for honeymoon too, and kami pun honeymoon sama yang dah tak terkira kali ke berapa dah ahaksss. untuk bilik seperti kami ni adalah deluxe room, di tingkat bawah tapi ada masalah bila stay dekat tepi pantai ni...nyamuk banyak weh. sediakanlah mosquito mate ye.  

6 comments:

Rai Ourkizuna said...

bilik ok dah..ada pool ok dah.. tang nyamuk tu mmg tak tahan kak.. hehehe..

anis abdullah said...

nyamuk je failed ko. takpe....

Mimy Hamid said...

syokknyaaa ...lamanya tak honeymoon..hukhukhuk

Ann Ishak said...

Rai - samalah kita rai :)

Ann Ishak said...

anis abdullah - aku memang tak tahan kene gigit nyamuk ni

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - pegilah walaupun tak selalu