Sunday, February 17, 2013

Claim (tuntutan semula)

Jual Beli - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 70 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Sebagai seorang jurujual saya menjual satu barang yang berharga RM10. Saya kurangkan harganya menjadi RM8, namun pembeli itu meminta saya buat bil bayaran RM10 bagi membuat tuntutan daripada majikannya. Bolehkah saya buat seperti yang dimintanya.

Jawapan

Sekiranya penjual itu tahu majikan pelanggannya tidak membenarkan cara belian seperti itu, maka haram penjual itu bersubahat dengan pembeli itu.

Namun, sekiranya penjual tahu majikan bagi pelanggannya itu membenarkan amalan seperti itu, maka hukumnya adalah harus.

Sekiranya penjual tidak tahu sama ada majikan pelanggannya suka ataupun tidak cara belian seperti itu, hukumnya kembali pada adat kebiasaan. Sekiranya kebiasaannya majikan tidak mengizinkan pembelian seperti itu, maka hukumnya adalah haram.

6 comments:

azieazah said...

Ahaa ni macam kes budah despatch buat claim dari bos la ni. Selalu depa pakat dengan orang stesen minyak untuk tulis resit lebihkan jumlah sebenar.

Elya Roza said...

ohoho..pikir2 balik...pernah tak haku buat mcm ni sebelum ni...ekkeek

Ena's Palace said...

pernah jugak tegok kwn2 buat camni..tapi tak sure plak tentang majikan tu...

Ann Ishak said...

azieazah - tau takpe :)

Ann Ishak said...

Elya Roza - hahaha :)

Ann Ishak said...

Ena's Palace - pasti ada punya hiksss