Friday, February 8, 2013

Dari bungkus jadi pizza

Asalnya nak buat telur bungkus tapi saya ada masalah 'besar' kalau bab2 nak bungkus pakai telur ni. walau buat sehabis hati2 pun, pasti akan pecah jugak telur tu nanti. sudahnya buat je gaya pizza gini, nestaya tak pecah punya. maka jadilah Telur Daging Pizza :P
 
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar yang dicincang kasar, bawang putih dan halia yang dicincang halus sehingga layu. selepas itu masukkan daging cincang, seleri, cendawan butang, cili merah (semuanya dicincang) dan kacang panjang yang dihiris kasar...kacau sehingga mesra. kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, lada sulah dan garam secukup rasa. biarkan sehingga masak, angkat dan ketepikan. pukul telur, kemudian tuangkan dalam kuali yang lain. masukkan daging tadi dan kalau pandai, bungkuslah. saya memang gagal babe, tu pasal saya biarkan jadi macam pizza je. 
 
okaylah kan rupanya... :P

10 comments:

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Yummeh!!! lebh try ni..

Jap, ni actually nak buat telur gulung ke? ngee

Ena's Stories said...

manarik dan tertarik...

azieazah said...

Wahh Telur Tak Bungkus namanya. heheh kalu bungkus boleh hancur, baik tak yah la kan? Janji sedap.

Anonymous said...

yang ini tgk pun dah berselera.. pasti sedap !

whitecappuccino said...

gud idea...telur piza namanya nih..

Ann Ishak said...

OjaAmran - bolehlah tu oja :)

Ann Ishak said...

Ena's Palace - menarik jugak ek rupanya :)

Ann Ishak said...

azieazah - alhamdulillah :)

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - bolehlah tahan sedapnya ahaksss

Ann Ishak said...

whitecappucino - kannn...good idea :)