Thursday, February 21, 2013

Dine @ Mak Tim Cafe

Semalam yang suram, tak berapa panas dan tak jugak berapa sejuk. saya yang masih bercuti ni menghabiskan masa di rumah dengan tido, tengok tv + makan, macam mana tak gembira lemak2 di perut.

Dek kerana mempunyai banyak masa di rumah, saja2 selak beberapa gambo tempat makan. oh tempat ni saya belum pernah keluarkan dalam entry lagi walhal dah lebih dari 2 kali saya makan di sana. 
 
Singgah minum kopi dulu, sambil menunggu giliran untuk bersolat. bila dah selesai yang wajib, barulah senang hati nak pegi makan. kali ni kami ke Mak Tim Cafe @ AU2 Keramat. senang je yang cari tempat ni, dekat bulatan AU2. tempat ini menyajikan makanan dari negeri Johor, walaupun saya orang yang bercampur banyak negeri tapi makanan dari Johor pun sedap2 seh...

Ada pelbagai menu makanan dari Johor terdapat di restoran ni dari briani gam, briani biasa pun ada jugak, nasi tomato, laksa johor, mee bandung muar, mee rebus, tauhu bakar dan yang paling saya suka adalah murtabak singapore.

Set Nasi Briani Kambing RM10

Papadam ni kami order lain, RM1 untuk sepinggan tu. manelah cukup sekeping papadam je, siap bergaduh berebut lagi adalah.
 
Ini adalah kegemaran saya, Murtabak Singapore RM7. murtabaknya memang sedap yo!!!
 
Lagi satu, minuman yang saya sangat suka, Bandung Soda Ais RM2.50 dan Nescafe Tarik RM1.50 untuk Faizal.

tagline --> Sajian Asli Warisan Johor

8 comments:

Cho Zila said...

tempat singgah sekejaptu boleh tahan gak harganyerkan..
masakan johor memang kena ngan tekak akak...

C i k P i p i T e m b a m said...

dah lama tk makan sini.. dulu umah saya kat keramat je. hehehe.

QasehnyaRania said...

nasi beriani yu mcam best je.tambah pula papadom besaq tu., sungguh berselera menjamu selera kan :D

munna said...

nampak sedap2 semuanya.....

Ann Ishak said...

Cho Zila - sedap kan masakan negeri johor ni :)

Ann Ishak said...

Cik Pipi Tembam - mesti masa tu mesti datang hari2 kan makan dekat situ :)

Ann Ishak said...

Qasehnya Rania - papadam tu sedap makan macam tu je :)

Ann Ishak said...

munna - :)