Thursday, February 14, 2013

Dine @ Restoran River Seafood Black Stone Beach

Selepas kenyang makan sata dan otak2 dekat Kemaman, kami terus pegi ke East Coast Mall Kuantan untuk menonton movie. apa lagi nak buat selain makan dan tido...

 Hojicha Tea Jelly Frappuccino RM16.50 and Javachip Frappuccino RM16

 
Ada masa lagi 1 1/2 hrs untuk menunggu, kami lepak minum coffee dulu di Starbuck, jauh pulak tu di tinggat bawah. dah beberapa kali jugak kami ke East Coast Mall ni, rasanya setiap kali ke Kuantan memang inilah port kami nak berjalan2 pun.

 
Sebelum masuk panggung, sempat lagi melencong ke Lovely Lace...pelik rasanya. dekat KL punyalah melambak Lovely Lace, jarang sangat saya nak masuk kecuali untuk beli diffuser. yang hak dekat Kuantan ni aku boleh pulak membeli sarung bantal la, pasu bunga la...laki pun geleng kepala. nak buat macam mana, dekat sini pulak banyak berkenannya...lagi satu ada big discount yo!!! kalau harga biasa, jangan harap saya nak beli pun...mahal sangat. selepas tu terus laki mak heret masuk panggung jah

Selepas tengok movie, cari port untuk dinner pulak. tak naklah makan dalam mall ni sebab biasa2 je cafenya, kami nak cari yang luar biasa sikit ahaksss. nak pegi Tanjung Lumpur tapi macam boring je, akhirnya kami decide untuk cari di sepanjang perjalanan balik ke Cherating. mulalah aktiviti jalan2 cari makan, tak survey mane2 info pun...main terjah sajo. seronok wo...mencabar pun ye jugak, takut tak sesedap yang di sangka.

Kami menggunakan laluan di persisiran pantai sepanjang perjalanan pulang ke Cherating dan akhirnya kami tersangkut hati di sebuah restoran dekat Black Stone Beach (Pantai Batu Hitam). kawasan restoran ala2 cahaya suram2 gitu which is saya memang tak berapa suka, saya suka tempat makan yang terang benderang...baru nampak rupa makanan yang di order. lokasi pula di sebelah pantai je, boleh dengar ombak menghempas pantai dengan deruan angin berbisik di telinga (ayat novel sangat). okay dah start melalut, meh tengok apa yang kami order for our dinner ;P
 
 minum air kelapa muda...sejuk badan

 muka senyum je sebab seronok main pasir dengan kaki bawah meja tu

 sayur campur

 ikan siakap bakar

 last but not least, udang goreng tepung dengan telur dadar

 alhamdulillah...semua hidangan tu memang sedap2 belaka, buktinya

 licin... waktu kami datang, restoran ni ramai pelanggan. duduk makan pengantin lama sangat sampai pelanggan yang lain dah balik, kami tak sudah2 makan lagi.

Pada sesiapa yang berminat nak mencuba makanan dekat restoran ni, lokasinya tak jauh dengan Black Stone Motel. alamat tepat, tidak di kenal pasti ye...itu je landmark yang saya boleh beri. harga makanan adalah berpatutan dan yang penting hidangannya sedappppp.

No comments: