Thursday, February 14, 2013

Iftar di Bandar Baru Bangi

Hari Isnin lepas alhamdulillah sempurna ibadat puasa saya. tak ke mana2 pun sepanjang hari hinggalah sebelah petang tadi baru keluar untuk weekly groceries di Aeon AU2. selepas tu macam biasa, berbuka puasa hanya dengan secawan hot coffee sambil kami bergilir2 pegi ke surau. biasanya saya akan pegi ke surau dulu sementara tu Faizal akan jaga barang sambil minum kopi.
 
Turn Faizal pulak ke surau, saya hanya menung menunggu sambil fikir nak dinner di mana?!!! dah bosan dengan segala cafe di dalam Aeon AU2 ni, rasanya macam nak cari makan di tempat yang jauh sikit. apabila semuanya dah selesai, kami terus keluar dan drive menuju ke arah Bandar Baru Bangi. plan asal nak dinner adalah ala western tapi bila lalu kedai makan ni, terus my laki berubah fikiran...dia nak makan nasi pulak. okaylah saya ikut je, kan still under birthday treat untuk dia lagi...sebulan ko

 epal juice panas dan limau suam dan air suam mesti ada

 sayur campur

 tomyam seafood

ikan siakap steam masam masin pedas...perh sedap betul

Tapi sayang, saya lupa nak capture nama kedai makan ni. yang pasti kedai makan di dekat2 je dengan Supremo Donut & Coffee. semua makanan adalah sedap, penyediaan yang cepat, suasana yang sejuk sebab kami duduk di luar kedai sambil mengadap orang membakar sate. mujur je dapat tahan tekak, kami tak order pun sate tu walaupun baunya macam dah memanggil2 mintak di order je.

4 comments:

mama_saly said...

puasa.. saly belum bganti lg 4 hari.. bila lah agaknya nk puasa ni.buat awal2 kan senang..

BlueiceButterfly said...

alhamdulillah..wah lapar lak tengok pic makanan tue..hehe

Ann Ishak said...

mama_saly - kena ganti dear..dan nak sampai bulan ramadhan dah ni :)

Ann Ishak said...

BlueiceButterfly - :)