Sunday, February 10, 2013

Jual beli barang lama

Jual Beli - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 66 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Seorang tukang baiki barang elektronik menjual barang (pelanggannya) kepada orang lain kerana pelanggan itu tidak mengambil barangnya dalam tempoh yang lama. Persoalannya, apakah hukum menjual dan membeli barang itu?

Jawapan

Menurut sebahagian sarjana Islam, sekiranya ada perjanjian antara pekedai dengan pelanggan yang menyebut satu tempoh yang tertentu, maka apabila sampai tempoh itu, pekerja harus menjualnya.

Jika tidak ada sebarang perjanjian, maka pekerja perlu menunggu tempoh masa yang pada adatnya pelanggan dikira sudah tidak mahu lagi kepada barangnya. Apabila tiba tempoh yang difikirkan sesuai pada adat, pekerja boleh menjual barang itu selepas tempoh itu.

4 comments:

Ibuhani said...

Ha....ini slalunya brg gi hntr repair kn. Tq

Ibnuismaini Ismail said...

Mungkin pelanggan tu terlupa sebab dah ada barang backup. Lama kena simpan tu, kut2 dia datang tuntut balik.

Moral of da story: Ambil nombor tipon pelanggan. Senang nak buat keputusan. huhuhu.

Ann Ishak said...

Ibuhani - saya jarang tapi ada jugaklah, mesti ambik balik sebab barang sendiri kan :)

Ann Ishak said...

Ibnuismaini Ismail - dan jangan lupa ambik reset jugak :)