Monday, February 11, 2013

Jual beli binatang

Jual Beli - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 67 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Seorang teman saya meminta bagi membeli seekor kambing pada harga RM400.

Selepas saya menjumpai kambing, saya menyatakan kepada penjual kambing itu, saya mahu harga RM400. Penjual itu mahu menjual pada harga RM300 sahaja. Saya bersetuju lalu mendahulukan wang deposit menggunakan duit saya. Wang deposit dan baki bayaran di bayar oleh kawan saya menjadikan jumlah keseluruhan RM400. Berdosakah saya mengambil untung RM100 itu?

Jawapan

Cara saudara itu adalah haram di sisi syarak kerana saudara sudah berbohong mengenai harga kambing itu. Cara yang halal adalah saudara beli dahulu kambing itu dengan harga RM300, kemudian jual dengan harga RM400 tanpa memberitahu saudara membelinya dengan harga RM300.

6 comments:

fadh leyanie said...

perkongsian berguna,tq :D

shazrina said...

terima kasih kerana memahamkan saya .. :D

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ilmu yg bagus mcm ni harus dikongsi bersama..tengs sharing yer

Ann Ishak said...

fadh leyanie - sama2 :)

Ann Ishak said...

shazrina - :)

Ann Ishak said...

Wanieys a.k.a IbuQalief - sama2 :)