Monday, February 18, 2013

Kisah hujung minggu


Hujung minggu yang santai, pagi kemas rumah...breakfast pun buat nescafe sorang secawan sambil cecah dengan biskut kering. tengah hari pun tak masak, malas...makan pulak biskut Tiger. mujur tak jadi sekuat harimau ahaksss. 

Dah petang sikit, mulalah suruh my laki tolong potongkan rambut saya, dah mula panjang...rimas pulak rasanya. semenjak saya berkawin, tak pernah lagi saya ke saloon untuk potong rambut. potong di rumah saja, terpelihara aurat. ni yang buat tambah sayang dengan laki, selain pandai jahit menjahit...dia pun pandai bab potong memotong rambut. ala bukanlah yang stail gempak2 zaman sekarang, cukuplah sekadar tidak merimaskan saya bila memakai tudung nanti. yang nak tengok rambut pun dia je kan, tapi so far kemaslah potongan tu.

Lepas solat asar, terus keluar untuk service si camar putih (kereta) tapi sayang tutup pulak. lupa da, Ahad memang tutup. okay, terpaksa reschedule hari lain tapi mesti minggu ni jugak sebab weekend ni nak balik Terengganu...sepupu kawin.

Takde apa lepas tu, terus cari tempat makan je. makan dekat Seoul Garden, teringin nak makan daging kopi panggang.
Hari ni saya berpuasa, harapnya diringankanlah cabaran untuk hari ni dan hari2 yang mendatang untuk saya dan untuk kamu2 semua...amin

8 comments:

anis abdullah said...

daging kopi panggang? sound new to me. eh kat mana kedainya?

aku pergi potong rambut kat apartment hujung bukit indah tu. kenala RM17. oklah memang terpelihara aurat. LB tak reti potongkan rambut.

Cho Zila said...

kalau seoul gardentu memang best gakler makan kat situ. sedap dan yang penting makan ramai2 lagiler bestkan...

Ena's Palace said...

selamat berpuasa dan selamat berbuka..

QasehnyaRania said...

saya potong sendiri je.dok depn cermin..hihi

Ann Ishak said...

anis abdullah - search je, mesti ada info pasal seoul garden ni

Ann Ishak said...

Cho Zila - ye betul :)

Ann Ishak said...

Ena's Palace - terima kasih

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - kalau belah tepi dapatlah tapi macam mana dengan belah belakang pulak