Tuesday, February 19, 2013

Late lunch @ Kemaman Kopitiam Kuantan

Kemaman Kopitian, menarik tempat ni...tak pernah lagi saya cuba. keinginan untuk mencuba tu pasti datang kalau dah ada depan mata. apa lagi, terjahlah

Pemilik kopitiam ni orang Kemaman kot, dekat Kemaman pun ada jugak kopitiam ni. harga pada saya masih sama standard dengan lain2 kopitiam. takdelah nak jumpa teh tarik 1.20 segelas ye, dekat mamak pun mahal jugak kan. 
 
Kopi ice ni i tell you...bos lalu depan mata pun buat tak kisah punya. sedap, pekat manis lemak berkrim yo!!! ini minuman pertama kami order...hah, dah sah minum lebih dari secawan air ni.
 
Ini minuman ke dua saya, iceblended apa tah namanya tapi sedap jugak, ada laici, nenas dan perahan limau kasturi. yang tak tahan tu, ada love roll lagi celup dalam air tu, tak pasti apa fungsinya tapi macam tak kenalah dengan jenis minuman tropical ni.
 
Kebanyakkan cafe or any restaurant dekat pantai timur ni tak sah dalam menu diorang kalau takde keropok lekor, mesti ada punyalah. yang kami pulak pantang nampak ada keropok lekor, mesti order punya.
 
Minuman ke dua Faizal, masih lagi berunsur kopi...
 
Saya makan mee goreng basah, basahhh...okay. rasa boleh tahan, pedas cukup, manis manis pun cukup...isi ayam ada, sayur pun ada. okay yang boleh saya kata, ini adalah hidangan lengkap.
 
Faizal makan nasi ayam blackpepper. sedap katanya tapi ayam tu garing sangat sampai nak makan dah rasa keras sikit dagingnya. tapi ayam tu besar, puas mamat ni makan ayam goreng.

Lepas late lunch ni, kami terus pulang ke KL. tamat sudah birthday treat di Cherating, Pahang.

13 comments:

Kakzakie said...

Kalau dapat makan yg memenuhi selera kita puas rasa hati ketika membayar. Ais blended tu kakak terliur pulak:)

MiYOKO SuKi said...

ngidamnye nk mkn kepok lekor tuuu..kt cni cam tak sedap sgt..tak setanding pantai timur pune kepok lekor

anis abdullah said...

alhamdulillah. semalam baru dapat makan keropok ekor kelulut yang mak belikan.

Azian Elias said...

dah namanya kemamang, kena ada ropok leko lah yee

Azian Elias said...

dah namanya kemamang, kena ada ropok leko lah yee

AnneRaini said...

mee goreng basah nmpk sungguh menyelerakan...

QasehnyaRania said...

best2 sume..sebut kopi tu pon dah terasa kesedapannya dgn emak berkrim tu

Ann Ishak said...

Kakzakie - betul tu kak :)

Ann Ishak said...

Miyoko Suki - kepok lekor pantai timur jugak yang the best :)

Ann Ishak said...

anis abdullah - alhamdulillah

Ann Ishak said...

Azian Elias - TM gitu

Ann Ishak said...

AnneRaini - memang sedap pun :)

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - lemak berkrim ek :)