Thursday, February 28, 2013

Mikhail by Ramlee Awang Murshid

"Bila si pemburu menjadi mangsa
siapa yang membaham siapa?"

Hasil dari pengembaraan penulis, maka terhasillah novel ni.

Kisah yang berkisarkan masa silam yang penuh dengan muslihat, pembunuhan dan penculikan. wang dan kekayaan memainkan peranan yang paling utama demi merealisasikan matlamat. novel ni perlu di baca dengan teliti kerana banyak melibatkan negara2 luar dan banyak flashback yang akan mengelirukan pembacaan...boleh jadi pening2 lalat nak faham jalan ceritanya. unsur tanda tanya yang banyak berkaitan dengan setiap watak mampu membuatkan saya lebih teruja untuk menghabiskan pembacaan...suspen weh. 
 
Keluaran : Alaf 21
Harga : RM19.90

Mikhail - bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail jugak menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi - fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang mempengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

4 comments:

Bunda_nora said...

assalam.. ni novel suspen ni...yang berlambak kat pasaran sekarang kebanyakkannya novel cinta...

anamizu said...

fuhhh saspennye novelnye ni..
ini kalo buat drama mesti syok ni.

Unknown said...

BUNDA a.k.a. KN - kan, kekadang tu bosan pulak nak baca kisah cinta jiwang sangat ni

Unknown said...

anamizu - mesti gempak jugak tu :)confirm saya tengok