Tuesday, February 19, 2013

My Cocoa Vanilla Cake

Petang semalam my laki called mengadu yang hard disk notebooknya dah total lost, tak boleh guna dek penyerangan virus pada application yang tak tau mana satu. malam sebelumnya notebook tu dah mula buat pasal, bila ON je manjang loading tak habis2 sampai tak boleh buat apa2 pun. tak tunggu lama, terus hantar untuk format semula. tapi lain pulak rupa masalahnya. check semula warranty notebook tu tapi sayang dah habis tempoh da...maklumlah dah 2++ tahun usianya. tak boleh buat apalah, nanti cari waktu yang sesuai untuk pegi cari hard disk baru je. mujur banyak benda yang dah backup masuk external hard disk. bila dah jadi macam ni, saya pun apa lagi terus buat backup notebook sendiri pulak...external hard dish saya sendiri pun dah hampir penuh, mintak tambah baru nampaknya. sementara notebook tu mintak nyawa baru, my laki gunakan tab tapi biasalah tak banyak benda pun boleh buat dengan tab ni...setakat check email bolehlah.

Untuk nak tenangkan hati jiwa perasaan my laki, saya buatkan cake kegemarannya...Cocoa Vanilla Cake.  
terlebih gebu, sampai merekah pulak
Bahan2
300gm mentega
150gm gula kaster
6 biji telur
1 sudu makan vanila
300gm tepung naik sendiri
1 sudu makan pes coklat

Cara2
1. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk adunan sehingga gebu.
2. Selepas itu masukkan telur dan pukul satu persatu.
3. Masukkan vanila dan akhir sekali masukkan tepung, gaul rata.
4. Bahagi pada dua bahagian. satu bahagian di gaul dengan pes coklat dan satu lagi dibiarkan kosong.
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli dan selepas itu bakar pada suhu 160C selama 40 minit.
ternyata mampu melegakan hatinya yang gundah gulana

8 comments:

Miss Volvo said...

ahh sedapnye. hari tu aku buat cupcake pun merekah kat atas tu grrrr

Anis Azalea said...

external hard disk pun tak boleh harap sepenuhnya. kena jaga2 macam jaga dara gitew.. hehe..

kalau boleh beli ext hard disk yang godang tu. 1 terabyte terus. aku pun berangan nak beli sbb dah hampir penuh dgn gambar je..

azieazah said...

Aduhai memang kesian sungguh laaa. Mesti tak lena tido tu.

Apapun kek tu sangat menggoda.

QasehnyaRania said...

wah ni yg buat nak membaking ni ;D

Ann Ishak said...

Miss Volvo - terlebih gebus tu hiksss

Ann Ishak said...

anis abdullah - setakat 1 tyrabyte tu, dekat rumah dah ada 3 tower kot...nak tambah jadi 4 pulak ni

Ann Ishak said...

azieazah - lena je kak tido nya hiksss

Ann Ishak said...

Qasehnya Rania - meh2 kita membaking sama