Thursday, February 28, 2013

My Pasta Capellini Bersama Tuna

Alhamdulillah hari ni panas sampai ke petang, sehingga sekarang ni saya masih terasa bahangnya. baru je lepas dinner, awal sikit hari ni sebab nak tido awal malamnya. besok dah start keja selepas bercutiiiiiiiiiiiiii lama. terasa berdebar2 pulak walhal nak masuk office je pun...tahlah hati ni macam2 pulak rasanya. esok dimulakan dengan pegi KLCC dulu, hope dipermudahkan segalanya dan dimurahkan rezeki untuk saya, suami, keluarga dan kalian semua.

Hidangan dinner tadi pun simple2 jugak, sekarang ni malas nak masak hidangan yang complicated sangat. bahang2 ni tak kuasa nak duduk dapur lelama. saya sediakan pasta je, Pasta Capellini Bersama Tuna.
 
Panaskan air dan masukkan garam dan minyak zaiton. setelah mendidih masukkan pasta capellini dan biarkan sehingga masak. angkat dan toskan...sejukkan seketika. kemudian panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yang dihiris halus sehingga naik bau. masukkan cili padi yang dicincang, cili kering kisar dan isi ikan tuna...kacau mesra. masukkan pasta dan perasakan secukupnya. 

Terlebih rajin, bolehlah hidangkan bersama garlic bread. saya confirm tak rajin, ini je dah cukup.

6 comments:

RamRamCute said...

menarik ni,....

Unknown said...

enter je blog ni dah nampak pic pasta....terliur plak time2 nak lunch ni...thanks ya singgah blog sha

azieazah said...

Dah lama Kak Azie tak buat pasta-pasta macam ni.

Unknown said...

RamRamCute - :)

Unknown said...

umma sharifah - most welcome dear :)

Unknown said...

azieazah - bolehlah akak buat nanti, saya bagi aura je hiksss