Wednesday, February 20, 2013

My Puding Roti Kukus

Pagi semalam saya ke Pusrawi Medical Centre for medical checkup, setiap 5 tahun mesti buat. biasalah family saya ada rangkaian penyakit 3 sekawan, jadi memang kena berhati2 pada tahap kesihatan...bak kata doctor mencegah lebih baik dari mengubati. pegi sebelah pagi ingatkan tak ramai rupanya ramai jugak. dari 9am saya di sana sehingga 1pm baru selesai semuanya. menggigil betul perut saya menahan lapar, setakat teguk air Coway bawak dari rumah je. 

Alhamdulillah, selepas result keluar...blood result okay, x-ray result okay, body checkup pun okay. cuma satu je yang tak okay, berat bertambah pulak beberapa kg...ni NOT OKAY!!! terus insaf, lepas ni tak nak makan itu ini. walhal dekat rumah selepas solat subuh saya sempat buat desert tapi okaylah kurang manis. kalau buat sendiri ni pandai2lah nak budget ingredient supaya tak lebih dari quota yang ditetapkan.

Desert apa yang saya buat pagi semalam, ni ha Puding Roti Kukus. lepas balik dari Pusrawi terus makan...oh sedapnya dimakan masa sejuk2.
 
Bahan2

4 keping roti dipotong kecil2
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara2nya

1. Masukkan telur, gula dan esen vanila di dalam bekas dan kacau mesra. Masukkan susu cair dan kacau mesra.

2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.

3. Tuang adunan pertama tadi di atas susunan roti dan taburkan kismis.

4. Kukus dengan api yang sederhana selama 25 minit.

5. Selepas masak, sejukkan dahulu ikut room temperature dan selepas itu baru masukkan ke dalam ais gobok. 
 
untuk sos, saya just curah dengan low fat milk...wallahhhh

8 comments:

[leily.laily] said...

noted, bulih try!

Ratu Hatiku said...

Mmg sdp :D

QasehnyaRania said...

cantik je bentuknya :D

Unknown said...

yummyyy..selalo buat ni..simple dan sedap..

Ann Ishak said...

Leily Ummi Aliya Husna - okay :)

Ann Ishak said...

Ratu Hatiku - :D

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - alhamdulillah

Ann Ishak said...

Zee Suhaini - kan, senang je buatnya pun