Wednesday, February 27, 2013

My Sup Tomato Segar

Tadi tiba2 je my laki ajak keluar, saja pegi jalan2 katanya. saya ni yang kebetulan pulak masih belum mula memasak lagi tapi dah keluar ayam dengan daging burger, laju je masukkan semula dalam ais gobok...bersiap dan terus je ikut my laki. ingatkan nak pegi mana, rupanya dia ajak saya pegi Tesco beli detergent...adoiii ini pun nak berteman ke.

Balik tu terus je plan nak masak yang super simple, dah takde maknanya nak keluar ayam daging semula. niat di hati nak buat Sup Tomato Segar, buah tomato pun ada banyak...
 
Panaskan mentega dan tumis bawang besar dan saderi yang dimayang, lobak merah yang dipotong dadu sehingga naik bau. apabila telah layu, masukkan tomato segar dan air rebusan ayam...didihkan selama 15 minit. setelah itu masukkan beras basmathi dan herba thyme. perasakan dan biarkan mendidih sehingga menjadi pekat. selepas itu kisar sup sehingga halus dan bolehlah dihidangkan.
 
Kalau rajin lebih sikit, bolehlah hias dengan daun parsli dan krim putar, saya suka makan macam tu je :)

16 comments:

SweetLikeWhat said...

tak pernah buat ni..nanti boleh cuba..

Ema Blog said...

tak pernah cuba

Azian Elias said...

tak pernah suruh Chef CiJu buat. nanti boleh lahh.

Fadilah Aziz said...

Menariknya ann..bolehla try..

Azlan Strider said...

alamak..sy mesti tak leh makan sebab sy jenis tak makan tomato..hehehe

Regards,
-Strider-

Kesuma Angsana said...

tak pernah buat lah, leh cuba ni!

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, belum pernah buat lagi...rasa2 nak cube jugak...

La dOLcE mEa_nAtt said...

mcm menarik ...sedap x kak?

Ann Ishak said...

Sweeet Like What - cubalah :)

Ann Ishak said...

Ema Blog - :)

Ann Ishak said...

Azian Elias - cuba ek kak :)

Ann Ishak said...

Fadilah Aziz - try la :)

Ann Ishak said...

Azlan Strider - hang kena makan, cantik kulit nanti hiksss

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - cubalah :)

Ann Ishak said...

Bunda aka KN - okay :)

Ann Ishak said...

La Dolce Mea Natt - sedaplah dekat tekak akak ni :)