Tuesday, February 26, 2013

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

Uolsss suka dengan makanan cina tak, ala bukannya makanan dekat kedai Ah Seng kedai kopi tu tapi chinese muslim. saya memang suka sangat, kena je dengan tekak ni dan the most important less minyak. dan restoran yang paling saya suka kunjungi, Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah, Wangsa Maju.
 
Nasi Goreng Thai RM6.50

Keadaan kedai yang sentiasa bersih, tak ada pelayan yang nak menyapu dekat/semasa pelanggan sedang makan. layanan pun baik, makanan pun dapat cepat tapi agak lambat bila pelanggan tengah ramai.
 
Telur Fuyong RM10, ini saya sangat suka. kalau kita panggil telur dadar la tapi sedap ko...

Kedondong Asam Boi RM3.50

My laki pun suka makan dekat sini, walaupun nasi putihnya semangkuk bulat kecik tu je tapi sentiasa cukup untuk dia tanpa mintak nasi tambah lagi. kenyang makan lauk je kot sebab walaupun mintak small tapi portion agak banyak jugak.
 
Ayam Roasted (small) RM12

Kalau nak mencuba makan di sini, pastikan datang agak awal untuk lunch or dinner. kedai ni memang sentiasa penuh pada waktu2 tu sehingga takde tempat kosong lagi. nak alamatnya yang dekat Wangsa Maju tu;

Restoran Makanan Cina Muslim
Mohd Chan Abdullah
6, Jalan 1/27F
Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC)
Seksyen 5 

6 comments:

Ibuhani said...

Kat Bangi pun ada kedai Chan Abdullah ni. K.ani suka nasi itik dia.

Puteri Satu said...

salam kenal dari akak.... bukan ke kat bangi pun ada satu branch dia kan... orang kata memang best restoran ni..tengok ayam dia pun dah buat akak terliur... :)

RamRamCute said...

memang sedap!!

Ann Ishak said...

Ibuhani - haah kak, ada jugak :)

Ann Ishak said...

Puteri Satu - haah betul, ada satu :)

Ann Ishak said...

RamRamCute - :)