Wednesday, March 13, 2013

Ahad di Pappa Rich

Ahad lepas adalah hari untuk duduk di rumah saja, sambil mengemas rumah, mendobi, masak pun ala2 jelah. dah petang2 sikit tu, saya dan suami pergi menerjah Jalan TAR pulak. alahaiii dalam perjalanan tu, punyanya lebat hujan turun. terus parking dekat Semua House, agak dekat sikit untuk nak ke Kamdar...kena cari kain untuk buat baju melayu...banyak pulak jemputan walimatulurus yang kena mengikuti tema tuan rumah.  baju melayu my laki pulak dah banyak yang di ulang tayang pakai, makanya kena cari baju baru katanya. takpe, dia buat sendiri baju melayunya, saya okay je.

Lama betul tak ke Jalan TAR ni tapi takde apa yang berubah pun. last sekali datang sini masa puasa tahun lepas, puasa tahun ni pun harus jugaklah menjengah sini lagi kot. tak sah rasanya kalau tak menghayati suasana tu...

Bila semua urusan dah settle, terus cari tempat untuk minum2 pulak...dekat Pappa Rich.
  
Pappa White Coffee Iced RM4.80

 Pappa Mocha + Ice Cream Iced RM8.80 yang pada saya agak mahal harganya

Terasa nak makan yang lite2 je, terus saya order Pappa Naan Curry Sauce RM4.50 ni. memang sedap, hampir2 je nak order lagi satu ahaksssss.

10 comments:

nea lopah said...

sedap roti nan tu..dapnyer!

Azian Elias said...

dia bat sendiri BM? tailor ke?

dah lama tak pekena resto ni.. boleh try nanti..

Cho Zila said...

lama tak ke Jalan TAR.. akak suka kalau gi sana kalau bulan puasa rasa lain sikit....
pappa rich sedap gak ,, tp kopitiamni memang mahal2 yerk...

QasehnyaRania said...

suami akak jahit baju sendiri ke ?

Mimy Hamid said...

yela kak pappa naan curry tu yummy tak pernah try

Ann Ishak said...

nea lopah - betul, sedap rasanya :)

Ann Ishak said...

Azian Elias - dulu keje dengan dekat tailor, tu yang boleh buat BM sendiri :)

Ann Ishak said...

Cho Zila - kan kak, kalau pegi bulan puasa memang auranya lain sangat :)

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - haah, kelebihan dia boleh menjahit :)

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - cubalah memang sedap :)