Sunday, March 24, 2013

Ambil Anak Angkat

Nikah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 84-85 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.
 
Soalan
 
Kawan lelaki saya belum berkahwin. Dia mengambil anak angkat bayi perempuan luar nikah. Apakah hukumnya.
 
Jawapan
 
Mengambil anak angkat adakalanya di larang dan adakalanya di suruh syarak. 
 
Mengambil anak angkat bagi dijadikan sama macam anak sendiri dilarang oleh syarak seperti mana dilarang menukar 'bin' anak angkat itu.
 
Anak angkat tetap bukan anak sendiri sekalipun kita tersangat sayang kepadanya. Hukumnya tetap tidak sama dengan anak sendiri. Anak angkat adalah ajnabi, manakala anak sendiri adalah mahram.
 
Apabila anak angkat diambil kerana rasa kasihan kepadanya seperti anak luar nikah yang tidak dipedulikan oleh orang yang bertanggungjawab, ia disuruh di sisi syarak. Namun, perlu menjaga peraturan dan syarat yang ditetapkan. Berurusan dengan bukan mahram tidak boleh melihat auratnya dan tidak boleh bersembunyian (berdua-duaan) dengannya.
 
Keluarga angkat yang membela anak angkat dengan penuh kasih sayang akan mendapat ganjaran yang besar di akhirat nanti.
 
Sebaiknya, sekiranya anak angkat itu belum berusia dua tahun, jadikannya mahram dengan jalan susuan. Sekiranya bapa angkat masih bujang, maka berikan saudaranya yang perempuan menyusukan anak itu sebanyak lima kali. Melalui cara itu, anak angkat itu akan menjadi anak saudara susunya. 
 
Apabila sudah sah menjadi mahram susuan, maka hukumnya harus dia tinggal bebas di dalam rumah dan auratnya sama seperti aurat saudara kita sendiri.  

No comments: