Wednesday, March 27, 2013

Apa yang korang buat bila jumpa dengan artis pujaan korang?!!

Kalau saya, ermmm teruja tapi taklah sampai over sangat. cukuplah sekadar tengok, kalau ada peluang ambik gambo...bergambar jugaklah. nak interview tanya sihat ke tidak blablabla tu memang tidak ye, oh saya bukan seorang yang mesra alam begitu. sekali pandang macam saya tak teruja pun, tapi sebenarnya teruja dek...cuma tak sanggup nak tunjuk expression muka melampau teruja tu je haksss.

Ingat lagi zaman muda belia dulu, ada jugaklah pegi majlis anugerah AIM...2 tahun berturut2 tu. masa tu memang teruja sangatlah, sebab dapat tengok retis...okay tengok je tak lebih dari tu pun. tambahan pulak masa tu dapat pas masuk percuma, kalau bayau takde maknanya nak pegi heh. seronok kot tengok gelagat retis bergaya sakan, gelagat retis bersama retis yang lain + gelagat retis bersama peminat masing2. lebih obvious sekali, mereka hanya melayan peminat2 dari kelab peminat masing2 je. kalau peminat lain yang tak join kelab peminat tu, jangan harap retis2 ni heran kan...kekadang tu peminat tu je yang terlebih excited, retis macam takde perasaan je nak melayan. biasalah suasana macam tu, tak kalu takkan ada isu retis menyombongkan.

So far saya tak berapalah nak teruja dengan retis2 ni, kalau jumpa Ustaz Azhar Idrus ke Ustaz Don ke, Prof Muhaya ke atau ustazah2 yang pemes sekarang ni...syok jugak. bukan apa, saya kagum dan hormat dengan ilmu yang mereka miliki. terasa betapa keciknya diri bila berdampingan dengan mereka2 tu, sungguh sejuk mata memandang indah telinga mendengar rasanya...oh indahnya taman2 syurga ye.

Dan paling saya teruja sangat nak berjumpa adalah dengan mantan perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. bilalah agaknya saya nak jumpa kan, takat ternampak terserempak pun rasanya dah cukup.

Apa2 pun, meh minum petang dulu, sebelum balik rumah semalam singgah beli groceries dulu dekat Aeon AU2. tinggal barang dulu dekat Startbuck untuk pegi solat, dah biasa dengan budak2 tu...boleh tolong tengok2kan barang. yang dalam tubler tu untuk bawak balik, my laki nak minum kopi katanya sebelum tido.
ala mak, janganlah kacau kita nak tido...

eh kejab, pewittttttttttt ada burung betinalah :P

payah heh nak ambik gambo muka, golap yo...ahaksss

6 comments:

KhaiRin : anies said...

artis pojaan sy x de di sini...dia ada di korea hehehe

anis abdullah said...

dah jumpa Tun Mahathir kat Sogo.

Mimy Hamid said...

ai dah jumpa Tun M :)) siap gambo lg...heheeh tak ralat..reti s baru ni catriona ross ..hmm tak mesra alam..nyesal aku take photo tp sebab org kata muka sama kan..uwekkk

Ann Ishak said...

Anies - semoga mung dapat ke korea nanti jumpa artis pujaan :)

Ann Ishak said...

anis abdullah - bestnya :)

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - okay la tu, jumpa artis iras2 gitu :)