Thursday, March 28, 2013

Berbaloi ke kalau stayback...?!!!

Tak taulah nak kata macam mana tapi for me, it's a job...weather you like it or not, you have to. dalam 12 tahun experience, rasanya awal2 tahun je yang saya berpeluang balik on time and the rest to memang memalam baru nampak bumbung rumah kot ahaksss.

Dulu masa berulang Seremban-KL setiap hari selama 5 tahun, sah2 keluar rumah matahari tak terbit lagi, balik time pulak matahari dah tenggelam. kalau tetiba dapat tengok cahaya matahari di Seremban tu, rasa teruja ko...rasa macam cantik je cahaya matahari di Seremban, walhal sama je di tempat lain pun. my sista pulak mesti akan cakap..."wah awalnya balik hari ni, lauk pun tak masak lagi" :) masa tu my time memang banyak dihabiskan dalam bus je.

Okay back to the topic's;

Pertama, ada orang yang suka buat kerja masa after office hour, maksudnya very tenang compare working hour. alasannya kerana working hour adalah waktu yang banyak sangat interruption with others job. kalau kita tengah concentrate buat satu benda tu, akan ada je yang nak mintak buat benda lain itu ini.

Kedua, ada orang yang tak suka buat kerja after office hour, tak suka stayback ni. confirm on time dah pack barang siap nak balik je. keja tak siap pun boleh sambung besok, bukannya boleh claim overtime pun kalau buat kerja lebih masa, katanya. i have my own family to look at it, katanya jugak.

Ketiga, ada pulak yang suka stayback dekat office walaupun tak buat kerja office pun. cuma saja melepak sambil buat kerja2 personal sambil menunggu masa sesuai untuk nak balik rumah. maknanya kalau balik awal pun bukannya ada apa dekat rumah, boring kot + jammed lagi. biasanya yang bujang2 tu memang selalulah buat macam ni ek, saya dulu pun macam tu jugak. tahan melepak dekat office sampai 9pm sampai sempat dinner dulu dengan kengkawan, walhal masa tu masih berulang Seremban-KL. saja je nak ambik bus terakhir 10pm tu. 


Pokok pangkalnya sekarang, berbaloi ke kalau stayback dekat office...?!!!

Sejujurnya, yang pertama tu memang saya masih practice kan till now. after office hourlah waktu yang paling saya suka sekali. dapat concentrate buat keja tanpa ada gangguan, phone pun tak berbunyi2. sehabis boleh nak siapkan jugak keja untuk hari tu, tak mau nak pending2 sampai berhari sebab besok tak tau lagi keja apa pulak yang menanti. tapi yang ralat tu, walaupun balik lewat tapi saya tak layak untuk dapat overtime...maknanya keja free je. rasa memang tak berbaloi pun tapi saya sentiasa letakkan fikiran dan diri ni, keja yang saya buat hanyalah untuk mendapatkan rezeki dan keja kerana Allah. seyes, diri takkan rasa terbeban sangat dengan kerja tu, dipermudahkan segalanya. mujur my laki pun paham, dia pun seorang yang committed pada keja dia. senang cerita dua2 pun memang muka balik lambat tapi sayalah yang selalu sampai rumah dulu ahaksss.

Yang kedua tu, amatlahhh jarang jarang jarang sekali saya buat...almost takde kot. maybe sebab saya masih berdua, takde anak kecik lagi yang nak dikelek dibelek. kalau dah ada anak besok, maybe saya pun tergolong dalam kategori ni. mestilah nak luang masa dengan anak2kan, besok anak dah pandai mintak adik pun makpak tak sedar :P

Yang ketiga tu amatlah saya suka buat masa berulang Seremban-KL dolu2 la. walaupun takde keja sangat pun tapi sanggup duduk dekat office layan games, layan lagu...the best moment, saya memang suka. berulang dengan bus bukannya senang, kena tunggu bus datang + kena beratur berjam2 lamanya...oh memang memenatkan. bila balik lewat tu, Q pun dah tak panjang, bus pun banyak. masa tu bujangan lagi, banyak luangkan masa dengan kawan2 je. 

Pada saya, ada term yang berbaloi dan ada jugak tidaknya. selagi kederat sanggup, bolehlah buat. istilah "berbaloi" tu hanyalah subjective bagi saya. 

6 comments:

KhaiRin : anies said...

bak kata ustaz..stayback tu umpama memberi sedekah utk syarikat ;-)

munna said...

dulu masa bujang mmg selalu stayback... tapi sejak dah kahwin dan ada anak mmg kalau boleh nak balik cepat je.....

Mimy Hamid said...

ai dah puas moment pertama dan ketiga..now adalah masa kedua pulak..muktamad...priority keluarga

Ann Ishak said...

Anies - hahahaha betul sangat babe

Ann Ishak said...

munna - kalau la boleh macam tu, sah2 saya suka

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - bagus