Tuesday, March 19, 2013

Bulan isi borang...

Setiap tahun, March dan April adalah bulan yang mana saya dengan my laki sibuk mengumpul bill atau lebih tepat, menyelongkar bill sepanjang tahun lepas. my laki amalkan menyimpan segala billnya dalam kotak tisu. saya pulak lebih suka asingkan mengikut bahagian2 tertentu dan masukkan dalam sampul surat. biasalah kita orang perempuan agak cermat teratur sikit menyimpan, kena tang lelaki...main campak je, janji ingat mana dia campakkan.

Sekarang ni e-filing income tax dah buka dari 1 March to 30 April untuk tafsiran cukai tahun 2012. dua file besar kami pun dah mula melonggok atas meja makan mintak di sumbat segala maklumat untuk Tahun Taksiran 2012 nanti. BE form dah dapat tapi kami guna e-filing je, senang nak kira...auto. manual ni boleh buat tapi dah lupa cara pengiraannya. dedulu penah tulis tapi tah mana note tu. 

Saya dapat merasakan yang tahun ni maybe saya kena bayar lebih lagi...oh harapnya tidak terjadilah ye. tahun lepas saya dah bayar lebih kot, agak2lah kalau nak ambik duit rakyat pun...upsssss. my laki yang best, asyik kerajaan je yang bayar dia sebab terlebih menderma dekat kerajaan. 

Okaylah, apa2 pun tanggungjawab terpaksa dilaksanakan. katanya hak kerajaan, duit kerajaan la...ermmm yelah tu. 

Sampul surat yang selalu saya sumbat dengan bill2 yang boleh claim for tax's. waktu kejadian adalah tahun lepas masa buat taksiran 2011. biasalah selagi tak sampai hujung hari, jangan harap saya nak buat ahaksss. my laki pun sama waktu ni, busy mengedap laptop sambil jari melekat dekat calculator mengira.

Benda yang penting dan perlu ada semasa mengisi e-filing adalah EA Form yang dikeluarkan oleh majikan tempat uolsss mencari rezeki. borang yang setiap tahun mesti HR bagi dengan meletakkan jumlah RM yang very the makcik kayo...walhal tu calculation for a year punya. borang ni jugak penting andai kata uolsss nak buat apa2 pinjaman besar2an or kecil2an. makanya kalau dapat borang ni, jangan simpan dalam laci office sampai di makan dek lipas ataupun kertas putih bertukar jadi kuning, sila simpan dalam file. sediakan fail khas untuk EA form ni. saya memang HARUS ada file, dah bertahun2 kena bayar tax's...Janji Ditepati katanya. 

Apa...tak tahu nak isi e-filing dekat mana, nah ambik add ni; https://e.hasil.gov.my dekat situ nanti adalah langkah2 yang perlu dipatuhi dan in sha Allah, takde masalah punya. kalau ada jugak, call pihak yang berkenaan mengikut daerah pendaftaran income tax uolsss.

Tahun lepas punya dah selamat ku bayar habis, tahun ni tak bukak pun lagi e-filing ku. harapannya tahun ni Najib bagi duit pulaklah dekat saya ye...1 Malaysia!!! dan2 je kan ahaksss.

6 comments:

Mimy Hamid said...

gaji besor gitu lah..ku adalah dibawah paras tidak perlu bayar tax...hoyeh...apapun tax makan tetap kena bayor eh 6 percent

anis abdullah said...

huhu i pun masih tidak membayar tax...

ieja amieja said...

akk skrg dah x perlu lg..hehehe
selalu tgk hbby je la wat e-filing tuh..yg besh nya selalu ada lebihan kat lhdn tu..dua bln lps pun terlebih potong 700hgt..suh claim terus x mau..nak kumpul sekali katanya..

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - untung la tak kena bayar tax :)

Ann Ishak said...

anis abdullah - :)

Ann Ishak said...

ieja amieja - kalau saya claim je terus :)