Saturday, March 9, 2013

'Couple' (Berpasangan)

Nikah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 75-76 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Ustaz, apa hukum saya pergi menemankan pasangan 'couple' berjumpa? Saya sudah beritahu kawan bahawa 'couple' adalah haram. Namun dia mahukan dalil yang sahih mengatakan 'couple' itu haram. Apakah pula yang dimaksudkan dengan zina mata?

Jawapan

Hukum berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram menurut ijmak ulama. Perbuatan ini juga haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana hadis Rasulullah yang direkodkan Bukhari bermaksud:

"Jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya."

Dalam hadis direkodkan Muslim:

"Tiada harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya."

Iman Nawawi menjelaskan,

Daripada hadis ini diharamkan berduaan dengan wanita bukan mahram sama ada di rumah wanita itu ataupun di mana-mana tempat dan sama ada ketika sembahyang ataupun lainnya.

Jelas daripada dalil-dalil ini, berpasangan tanpa nikah itu adalah haram dalam Islam. Couple adalah budaya Yahudi dan Nasrani, mula diterima oleh orang Islam yang jahil dengan hukum-hukum agama.

Zina mata bermaksud melihat perkara-perkara yang haram di sisi syarak seperti melihat lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya seperti pasangan-pasangan yang sedang bercinta sekarang ini.

(Rujukan Kitab Syarah Asqollani 'ala al-Bukhori, Syarah Muslim)

6 comments:

Mizz ErMa said...

budak2 sekarang terlalu open sampai benda2 macam nie diorang buat xtau aje..

nea lopah said...

Tq share!

Kesuma Angsana said...

gd sharing tq ye

Ann Ishak said...

Mizz Erma - macam tulah masalahnya sekarang

Ann Ishak said...

nea lopah - :)

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - :)