Wednesday, March 20, 2013

Happiness is subjective


Itu hanya pada pandangan saya, tak semua perkara yang kita gembira...orang lain akan turut gembira bersama kita kan. antara situasi yang saya boleh describe for the above post;

Situasi pertama

Macam pagi tadi masa keluar rumah untuk ke tempat kerja, rumah saya ni depan sekolah...kalau dah keluar rumah 715am mesti akan redah jammed depan sekolah tu. makpak masing2 berseri2 je muka gembira masa menurunkan anak2 mereka di depan pagar sekolah dengan harapan anak2 mereka boleh belajar dengan baik hari ni dan gembira bersama rakan2. walhal ada sebilangan anak2 muka moyok je macam ayam berak kapur sebab rasa macam terpaksa ke sekolah, ada pulak yang mungkin takut nak ke sekolah sebab kerja rumah tak siap dan tak kurang jugak yang boring ke sekolah sebab lebih seronok duduk rumah main games. itu hanya pandangan untuk selarikan dengan pendapat saya ye, bukannya keadaan sebenar pun. anak2 sekarang sebenarnya lebih suka gambira untuk ke sekolah, boleh belajar + ramai kawan2 + petang2 pulak ada je aktiviti masing2 dengan kawan2 kan. tahap kegembiraan adalah berbeza di situ.

Situasi kedua

Semalam dapat sms dari kawan mintak tolong printkan document untuknya dan serahkan padanya pagi tadi. petang semalam saya merasakan tak kisah sangat pun, lalu saya berjanji nak buatkan apa yang dia suruh. dengan balik lewatnya malam semalam dan memacam lagilah kerja di rumah yang menunggu nak di buat, badan dah penat...tak dannya nak print2 bagai. sudahnya pagi tadi baru saya print, my mistake lah. dah take a few mins di situ, membuatkan saya agak lewat keluar rumah...dengan nak pegi ke rumah kawan lagi menghantar document tu. oh rasa terbeban di situ dan membuatkan saya tak gembira dengan apa yang saya buat. tapi bile melihat wajah kawan saya yang gembira sangat kerana saya sanggup nak menolong dia, mengingatkan saya bahawa kegembiraan dia tak sama dengan kegembiraan saya bila masa saya agak lewat sampai ke tempat kerja. walaupun itu tak mendatangkan masalah pun sebab office mengamalkan flexi hour from 7am to 9am tapi saya agak kurang selesa bila boss sampai dulu dari saya. 

Situasi ketiga

Malam tadi dengan gembira riang ria saya menyediakan dinner untuk Faizal, bukan senang pun nak dapat makan bersama di rumah...semangatlah jadinya memasak walaupun sebenarnya buat seafood salad je pun makan dengan roti. simple sambil tutup mata pun boleh buat lagi. tapi masa makan tetiba saya tergigit lidah, ingatkan taklah sampai berdarah...rupa2nya berdarah banyak sampai habis tisu sekotak pun darah tak berhenti keluar lagi. terus my laki heret ke water tap suruh berkumur dan kemam cool water bagi darah beku dan berhenti keluar. my laki cakap, dia gembira/lega sebab masa kejadian tu dianya ada di rumah...boleh beri pertolonganlah kiranya walhal masa kejadian tu rasa macam nak bagi penampar je bila dia tekap dengan tisu tu kemainlah sakit. punyalah bengang sebab tak sempat nak kenyang ko. nak makan semula lepas tu dah fobia, pedih ko nak mengunyah tu.    

Beberapa perkara sepanjang semalam dan pagi tadi yang membuatkan saya terfikir, memang benar...happiness is subjective!!! bila kita merasakan mampu membuatkan orang gembira tapi dalam waktu yang sama orang itu sebenarnya tak segembira pun dengan kita.



6 comments:

Mimy Hamid said...

mmg subjektif...tappi tak mengapa as long tengok orang happy pun daha rasa happy

munna said...

betul tu... semoga kebahagiaan tu sentiasa di hati kita

KhaiRin : anies said...

Assalamualaikum…
Apa khabar?
Sihat ke?
Harap2 sihat + bahagia selalu…

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - yang penting happy kan

Ann Ishak said...

munna - amin

Ann Ishak said...

anies - lama weh hang menyepi